Oleh pada 26 Jan 2018 kategori

Kredit foto: marieclaire.com.my

Penyanyi Yuna Zarai, 31, bakal muncul dalam sebuah sidang media khas pada Sabtu ini, 27 Januari bertempat di Putrajaya, berhubung perkahwinan dengan tunangnya, Adam Sinclair.

Menurut laporan Sinar Harian, pasangan ini dikatakan sedang sibuk mengadakan persediaan hari bahagia mereka dan akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat.

Rata-rata peminat teruja menyaksikan foto-foto menjelang majlis perkahwinannya yang dimuat naik di akaun Instagram @yunamusic.

yuna nikah 28 januari 2

Kredit foto: Instagram Yuna

Dalam pada itu, majlis pernikahan Yuna dan Adam dipercayai akan berlangsung pada Ahad ini bersamaan 28 Januari.

Spekulasi itu timbul kerana kad kahwin mereka dikhabarkan sudah siap diedarkan kepada tetamu. 

Terdahulu, Yuna bertunang dengan Adam yang juga adalah adik kepada aktor Ashraf Sinclair pada 5 Ogos lalu selepas berkawan lebih empat tahun.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)