yuna nafi bakal bertunang dan berkahwin dengan adam sinclair

Kredit foto: Youtube alviroRR

Rasanya sudah beberapa kali juga timbul spekulasi mengatakan penyanyi antarabangsa, Yuna bakal berkahwin dengan adik pelakon Ashraf Sinclair, Adam Sinclair.

Mereka berdua dilaporkan akan bertunang pada bulan Oktober ini dan berkahwin pada bulan Ogos tahun hadapan.

Bagaimanapun, Yuna tampil menafikan dakwaan tersebut dalam sebuah kenyataan baru-baru ini.

Berhubung desas desus pertunangan dan perkahwinan yang tersebar, itu semua khabar angin semata-mata. Saya setakat ini tidak ada sebarang perancangan.

Saya berharap, tiada lagi spekulasi seperti ini.

Sumber: Utusan

Sebelum ini, Yuna memberitahu hubungannya dengan jejaka itu masaih dalam fasa mengenal hati budi masing-masing.

Bahkan, Yuna juga dilihat sering memuatnaik status romantis yang ditujukan buat Adam mengukuhkan lagi dakwaan tersebut.

Untuk pengetahuan, kisah percintaan Yuna dan Adam mula dikesan media tempatan sejak setahun yang lalu


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)