yuna adam selamat nikah

Kredit foto: Instagram Yuna

Penyanyi Yunalis Datuk Mat Zara’ai atau Yuna dan Adam Yousof Mohamed Sinclair selamat melangsungkan pernikahan pada jam 7 petang semalam, di Puncak Rimba, Bentong Pahang.

Berwalikan bapanya, Yuna  diijabkabulkan dengan Adam hanya dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu disempurnakan oleh Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang.

Pihak lelaki memberikan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Seramai 300 orang tetamu hadir, di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States memeriahkan majlis tersebut.

Pasangan mempelai merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas doa dan sokongan.

Sumber berita: Sinar Harian

tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)