Oleh pada 06 Aug 2017 kategori

tahniah yuna zarai selamat ikat tali pertunangan 1

Kredit foto: Beautifulnara

Akhirnya khabar angin yang mengatakan penyanyi Yunalis Zarai dan teman lelakinya, Adam Sinclair akan melangsungkan majlis pertunangan selepas Hari Raya Aidilfitri menjadi kenyataan semalam. 

tahniah yuna zarai selamat ikat tali pertunangan 2

Kredit foto: Beautifulnara

Difahamkan, majlis pertunangan berlangsung di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam.

Pastinya ia menjadi perkhabaran baik buat para peminat Yuna yang sentiasa mendoakan kebahagian beliau dan kekasih.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkannya, penyanyi itu mengesahkan berita tersebut sekaligus merakamkan ucapan terima kasih buat para peminatnya. 

Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair. Saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu memang sungguh indah. 

Tahniah kami ucapkan buat pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga hubungan tersebut akan kekal ke jinjang pelamin. Kita nantikan pula majlis hari bahagia mereka nanti. 


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)