yuna zarai the sparkle project

Kredit foto: saintheron.com 

Khabar yang kini sedang hangat diperkatakan di mana penyanyi Yuna Zarai dikatakan telahpun mengikat tali pertunangan dengan Adam Sinclair (adik-beradik Ashraf dan Aishah Sinclair). Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui, namun dakwaan tersebut dikatakan bermula dek kerana sekeping foto yang mempamerkan kemesraan Yuna dan Adam yang berpakaian sedondon. 

Umum mengetahui, gosip cinta Yuna dan Adam bukanlah sesuatu yang baru kerana pasangan ini kerapkali mengabadikan momen bersama dalam foto-foto yang turut dimuat naik ke laman sosial. Lantas pada minggu lalu, Yuna dikatakan telah menerima lamaran Adam selepas hubungan yang terjalin lebih setahun. 

Apapun, Yuna tidak tampil memberi sebarang komen sehingga kini - baik mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut. 

Hanya jawapan daripada pengurusnya, Nor Zaina Wardah menjawab teka-teki peminat. 

Tak adalah, ini semua khabar angin saja. Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu. Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, LoveLifest. 

Sumber: BH Online  

yuna 2

Sumber berita: Beautifulnara

tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)