punca sebenar yuna sorok pernikahan 1

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna menyatakan dia tidak berniat merahsiakan pernikahan yang berlangsung dengan suami, Adam Yousof Sinclair, 34, di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, dua hari lalu.

Yuna atau Yunalis Mat Zara'ai, 31, berkata, dia sememangnya sukakan privasi apabila sesuatu yang melibatkan kehidupan peribadi.

“Saya tidak bermaksud untuk merahsiakan tentag majlis ini, cuma untuk yang mengenali saya, pasti tahu saya agak privasi apabila melibatkan perkara-perkara tentang kehidupan peribadi.

“Jadi rasa saya lebih selesa untuk meraikan hari bahagia itu bersama keluarga dan rakan-rakan tedekat sahaja.

“Malah sebelum ini juga saya sangat jarang berkongsi tentang perhubungan saya dengan Adam secara terbuka, kerana saya memang mahu simpan untuk diri sendiri,” jelas Yuna.

Bercakap tentang perasaannya, penyanyi Crush ini bersyukur kerana apa yang dirancangkannya berjalan dengan baik.

punca sebenar yuna sorok pernikahan 2

“Semestinya saya sangat gembira dan tidak pernah terbayangkan apa yang saya lalui hari ini.

“Alhamdulillah majlis juga berjalan lancar dan impian untuk mengadakan majlis bertemakan garden wedding menjadi kenyataan,” katanya sewaktu sidang media khas yang berlangsung di Putrajaya, petang semalam.

Majlis resepsi Yuna dan Adam bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini, untuk ahli keluarga serta sahabat handai kedua-dua pihak.

Cerita Yuna lagi, mereka belum merancang tentang bulan madu dan kelahiran anak.

“Kami berdua belum memutuskan mana-mana destinasi lagi. Mungkin kami akan pusing Amerika Syarikat (AS) atau ke Amerika Selatan.

“Tentang anak, semestinya saya excited untuk memiliki anak. Namun kita tengok sahaja nanti macam mana.

“Sekitar Jun atau Julai nanti saya akan tampil dengan album baru dan selepas itu terlibat dengan tour di sekitar Amerika dan Eropah dan agak sibuk sedikit,” katanya.

Sementara itu, Yuna berkata, suaminya akan menurut jejak ke AS selepas ini bagi membina karier bersama beliau.

“Segalanya masih dalam perancangan, tapi kalau boleh saya mahu suami sentiasa dan dekat dan bersama dengan saya, jadi mungkin selepas ini dia akan ikut serta ke AS.

“Dia seorang pengarah yang sangat berbakat dan mungkin selepas ini kami boleh bekerjasama dan membantu antara satu sama lain dalam kerjaya masing-masing,” kata Yuna.

Kredit foto: BH Online
Sumber berita: Sinar Harian

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)