Oleh pada 08 Jan 2018 kategori

Ramai yang mengambil mudah kemurungan dan tekanan perasaan tetapi tanpa kita sedari masalah ini telah menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Media sosial merupakan salah satu medium yang menyebabkan kes bunuh diri ini menjadi lebih teruk kerana kecaman yang datang daripada netizen boleh memberi impak besar kepada individu yang terkesan.

Baru-baru ini Youtuber dan Vlogger terkenal di internet, Logan Paul telah memuatnaik satu video yang mencetuskan kontoversi di media sosial dan mendapat kecaman yang hebat. Video tersebut dirakam semasa Logan dan rakan-rakannya pergi ke sebuah hutan bernama Aokigahara di Jepun.

"Aokigahara" Hutan Bunuh Diri

hutan bunuh diri aokigahara

Aokigahara sangat terkenal di Jepun kerana penduduk rakyat Jepun akan pergi ke hutan ini untuk bunuh diri. Bunuh diri bukanlah satu perkara yang asing bagi rakyat Jepun kerana ini telah lama wujud dalam budaya Jepun terutamanya sewaktu zaman Samurai yang akan membunuh diri apabila mereka memalukan maharaja Jepun..

Rakyat Jepun juga sangat terkenal dengan perasaan malu dan jika perasaan  tersebut berada dalam tahap yang serius, ramai di antara mereka yang mengambil keputusan untuk membunuh diri. Selain itu, masalah tekanan hidup juga mengundang rakyat mereka untuk ke hutan Aokigahara.

Tertawakan Mayat Bunuh Diri

tertawakan mayat bunuh diri

Tujuan utama Logan Paul membuat video ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kes bunuh diri tetapi tanpa dia sedari dia secara tidak langsung meremehkan isu itu. Video tersebut menunjukkan secara terang-terangan bagaimana Logan Paul membuat lawak dan gelakkan mayat bunuh diri di hutan tersebut dan diselangi dengan komen serius tentang kes bunuh diri.

Kerjayanya sebagai seorang Youtuber telah terjejas sejak insiden tersebut kerana dia bukan sahaja mendapat kecaman daripada netizen di media sosial tetapi juga oleh akhbar berita dan selebriti seluruh dunia. Video viral itu kemudian telah dipadam daripada Youtube akibat daripada kontroversi yang tercetus.

Selebriti Sosial Media Sering Dikecam Netizen

pewdiepie vlogger rasis 615

Logan bukanlah selebriti sosial media pertama yang dikecam akibat masalah sebegini kerana adiknya Jake juga telah dikecam kerana menyebarkan pengaruh negatif melalui internet dengan video-video "prank" berbahaya. Selain itu, PewDiePie dikecam hebat apabila menggunakan perkataan "nigger" dalam salah satu videonya seakan-akan di menyebarkan sifat perkauman.

Ekoran daripada video itu, Logan memuatnaik kenyataan rasmi dan sebuah video di akaun Twitternya meminta maaf setelah menyebarkan pengaruh negatif kepada orang ramai melalui media sosial. Dalam kenyataan tersebut, Logan berkata dia tidak memuatnaik video itu untuk mendapat lebih banyak views tetapi dia mahu meninggalkan kesan positif kepada masyarakat.

Isu Iqram Dinzly Tidak Boleh Diambil Mudah

iqram dinzly masalah kemurungan

Sejak wujudnya media sosial, kes-kes kemurungan dan bunuh diri semakin meningkat disebabkan banyak berlakunya kes buli siber namun masih ramai mengambil mudah isu ini. Iqram Dinzly mendapat banyak komen negatif apabila bertindak pelik seperti menyanyi, menari dan bermain dengan alatan tajam

Netizen ramai yang mengecam apa yang telah dilakukan oleh Iqram Dinzly dan ini juga boleh membawa kesan yang besar kepada dirinya. Individu-individu yang menghadapi masalah kes buli siber mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk membunuh diri setelah mendapat kecaman dan sindiran hebat daripada netizen.

Internet pada satu peringkat boleh memberi kelebihan kepada pengguna seperti mereka yang mahu mencari info boleh ke Google dan Wikipedia tetapi jika ia disalahguna, internet juga boleh memberi kesan yang besar kepada pengguna. Pengguna internet tidak sedar walaupun sindiran kecil boleh memberi impak yang negatif kepada mereka yang terkesan.

Ramai yang sebenarnya memerlukan bantuan dan sokongan moral tetapi apa yang mereka dapat hanyalah komen-komen negatif. Kesimpulannya, kes bunuh diri bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah dan netizen mampu mengubah keseriusan masalah ini dengan melaporkan kes buli siber kepada pihak berkuasa dalam masa yang sama kurangkan menyebarkan pengaruh negatif di ruang-ruang komen.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)