Pada masa kini, negara China merupakan salah satu kuasa besar yang mampu menyayingi Amerika Syarikat daripada segala segi termasuklah ekonomi, kekuatan ketenteraan dan juga kemajuan teknologi.

Namun tahukah anda, tidah jauh daripada bandar-bandar besar seperti Beijing dan Shanghai, puluhan juta rakyat negara ini sebenarnya tidak mempunyai rumah moden sebaliknya mereka membina penempatan di dalam gua. Mereka ini boleh digelar sebagai orang gua zaman moden.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebagai sebuah negara yang maju, jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin di negara ini sangat tinggi. Ditambah pula dengan jumlah penduduk yang terlalu ramai yakni melebihi satu 1 bilion penduduk dan kadar sewa rumah yang sangat tinggi, membina penempatan di gua mungkin penyelesaian terbaik.

Kebanyakan rumah gua ini dibina di daerah Shaanxi dimana struktur tanahnya lebih mudah untuk dikorek dan dibina penempatan. Rumah dalam gua ini atau dikenali sebagai "yaodong" dalam bahasa tempatan kebiasaannya dibina pada bahagian tepi gunung atau bukit. Dianggarkan sekitar 30 orang juta rakyat China mendiami rumah dalam gua ini.

Orang gua pada zaman moden

team duduk gua china

Ianya mungkin seperti satu penghinaan apabila menggelarkan golongan penduduk ini sebagai orang gua zaman moden. Namun, jangan pandang rendah pada golongan ini kerana penempatan mereka di gua ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menjalani kehidupan seharian seperti elektrik.

Kewujudan kawasan penempatan di gua ini bukanlah secara semulajadi sebaliknya dikorek daripada kawasan-kawasan pergunungan dan bukit-bakau. Menariknya, dinding-dinding gua ini sangat efisyen sebagai bahan insulasi bagi memelihara suhu yang optimum di dalam rumah.

yaodong

Kebiasaannya ruangan masuk ke dalam rumah berbentuk separa bulat dimana kebiasaannya kertas beras atau atau kain digunakan sebagai pintu masuk. Walaupun dilihat sebagai miskin dan jauh daripada pelbagai kemudahan asas, setiap rumah biasanya mempunyai kemudahan tenaga elektrik dan telefon.

Bagi yang mampu, mereka juga akan memasang sistem pengairan sendiri. Walau bagaimanapun, kebanyakan penduduk yang tinggal di dalam gua ini kebanyakannya bergantung kepada sumber air daripada kawasan sungai yang berdekatan untuk kegunaan harian seperti mandi, membasuh pakaian dan membuang air.

Sistem penghabaan yang baik ketika musim panas dan sejuk

kehidupan orang gua

Berdindingkan dinding batu yang secara semulajadinya sejuk, penduduk tidak perlu risau keadaan dalam rumah akan menjadi terlalu panas ketika musim panas. Keadaan ini berbeza daripada rumah moden yang terpaksa bergantung kepada kipas atau penghawa dingin ketika musim panas.

Ketika musim sejuk pula, mereka akan menyalakan unggun api di dalam rumah. Keadaan rumah yang luas dengan siling yang tinggi menyebabkan setiap rumah sentiasa mempunyai sistem pengudaraan yang sangat baik tidak kira musim dan waktu. Keadaan ini berbeza daripada rumah moden yang biasaya mempunyai syiling yang rendah.

Daripada segi rekabentuk, kebanyakan tingkap juga masih dibina menggunakan kertas berbanding kaca. Menariknya, penduduk juga membina struktur katil mereka daripada batu yang dikenali sebagai "kang". Ianya akan membuatkan katil berasa sejuk ketika musim panas dan terdapat lubang khas dibawahnya untuk menghidupkan api bagi menghangatkannya ketika musim sejuk. Konsep yang sangat menarik.

Suasana yang unik dan mendamaikan

penempatan china

Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan gua ini sangat menggemarinya kerana mereka memiliki kawasan halaman rumah yang luas dan bebas berbuat apa sahaja. Salah seorang penduduk yang pernah menetap di gua ini, Shouhua, 46, berkata beliau telah berpindah daripada rumah gua tersebut ke rumah moden apabila mendapat pekerjaan di kawasan bandar ketika berusia 20-an.

Walau bagaimapun, beliau merancang untuk kembali ke penempatan gua ini apabila bersara kelak. Percaya atau tidak, terdapat juga orang luar yang berminat untuk membeli rumah gua ini. Menurut sumber yang dipercayai, harga bagi sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik air dikatakan mampu mencecah $46,000.

Bagi rumah satu bilik tanpa tandas pula, kadar sewaan pula sekitar $30 sebulan. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mahu menjual atau menyewakan rumah mereka kerana kebanyakan rumah ini adalah aset milik keluarga yang diperturunkan daripada generasi ke generasi seterusnya.

Kredit:

  1. NY Daily News
  2. LA Times
  3. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)