sampel covid melalui dubur 2 786

Bagi mereka yang pernah merasai ujian saringan Covid-19 - walaupun hanya beberapa saat, rasa kurang selesa dicucuk dengan alat putik kapas panjang untuk mengambil sampel mampu membuatkan sesiapa pun rasa ngilu.

Ada yang cukup trauma dicucuk dengan batang tersebut di bahagian tekak atau hidung bagi memeriksa status kesihatan mereka. Adakah ada alternatif lain untuk mereka yang tak mahu dicucuk di rongga muka itu? Ada.

Anda boleh memilih untuk diambil sampel di bahagian lubang dubur! Apa yang menarik, kaedah ini didakwa memberikan keputusan yang lebih tepat seperti apa yang telah ditemui di China.

Ambil sampel dari dubur? Biar betul?

sampel dubur covid 19

Pada penghujung bulan Januari tahun 2021, kerajaan China mengeluarkan kenyataan meluluskan penggunaan kaedah ketiga yang boleh digunakan petugas perubatan dalam memantau status jangkitan seseorang - melalui sampel najis di dubur.

Beberapa kawasan di Beijing dilaporkan menjadi permulaan pengenalan kaedah tersebut, selain daripada beberapa pusat kuarantin yang beroperasi. Semuanya berpunca daripada penemuan beberapa kluster baru yang membawa risiko besar kepada masyarakat mereka.

Menurut kajian yang dijalankan di China, virus corona penyebab Covid-19 didapati mampu bertahan lebih lama dalam bahagian salur perkumuhan khasnya dibahagian dubur, berbanding di bahagian tekak dan hidung.

Virus didapati mampu 'hilang' lebih awal dalam tempoh 3 ke 5 hari sekiranya diambil dengan kaedah biasa sementara sampel virus ditemui lebih lama dalam dubur pesakit.

Mencucuk lubang dubur sedalam 2 inci

ayam dipanggang dicucuk rotissierrie

Kawasan dubur pesakit yang didakwa mampu menempatkan virus dalam jangka masa lebih panjang mampu memberikan keputusan yang lebih tepat, membantu petugas mengenalpasti pesakit sebenar yang positif.

Setakat ini, China masih mengamalkan kaedah tekak dan hidung secara majoriti dengan hanya kes-kes tertentu memerlukan pengambilan sampel dubur.

Untuk kes-kes terpilih, pesakit akan dibaringkan dan petugas akan memasukkan putik kapas ke dalam lubang dubur sedalam 1.2 ke 2 inci bergantung kepada tubuh pesakit. Selepas putik berada dalam kedalaman yang sesuai, putik kapas itu akan dipusingkan beberapa kali sebelum sampel yang diharapkan berjaya diperolehi.

Kaedah ini sebenarnya sudah pun digunakan petugas China sejak penghujung tahun lepas, melibatkan beberapa pesakit di pusat kuarantin namun diramal akan mula digunakan secara lebih meluas berikutan dapatan keberkesanannya.

Kaedah baru yang mendapat kritikan

cotton swab ujian petugas kesihatan covid

Penggunaan kaedah sampel melalui dubur ini mula menjadi bualan orang ramai di China, setelah seorang kanak-kanak berusia 9 tahun didapati positif Covid-19 pada awal bulan Januari 2021.

Ini mengakibatkan kesemua individu di sekolah yang dihadiri pelajar itu termasuklah pelajar, guru dan kakitangan perlu menjalani ujian saringan. Salah satu kaedah yang digunakan dalam saringan tersebut adalah pengambilan sampel dubur.

Beberapa kajian lebih awal yang menyokong teknik ini telah pun dilaporkan sejak bulan September tahun 2020.

Fakulti Perubatan The Chinese University of Hong Kong buat kali pertama mendapati wujud bukti virus corona penyebab Covid-19 mampu hidup dalam usus untuk beberapa tempoh tertentu. Walaupun begitu, ada juga beberapa pihak mengkritik kaedah melalui dubur ini. 

Mereka mendakwa kaedah ini lebih mengganggu pesakit serta tidak berpadanan dengan sifat asal hasil kajian terhadap virus punca Covid-19, yang diketahui akan menyerang bahagian saluran pernafasan di hidung dan tekak.

Apa yang kita tahu setakat ini, belum ada kes menunjukkan berlakunya perpindahan virus melalui najis dari seorang individu ke individu lain dan mampu mengakibatkan jangkitan. Tetapi keberkesanan pengambilan sampel melalui dubur ini memungkinkan perlunya kajian lebih terperinci dijalankan.

Sebagai penutup, kami ingin menegaskan agar anda patuhilah SOP yang ditetapkan.

Kita tidak mahu kadar jangkitan kita semakin teruk, sehinggakan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mengambil sampel melalui lubang dubur kita pula, bagi membolehkan mereka mengenalpasti pesakit yang tiada simptom.

Tolonglah. Patuhi SOP ya. Kita jaga kita.

Rujukan

China Is Using Anal Swabs to Test for Coronavirus—Here's What Experts Think



Hakcipta iluminasi.com (2017)