Oleh pada 07 Aug 2017 kategori

Kredit foto: siasahkini.blogspot.my

Selepas kejayaan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sebagai penyanyi menerusi single sulungnya "I Am Me", kini giliran Datuk Aliff Syukri pula menurut jejak rakannya itu.

Difahamkan, Aliff telahpun bersetuju dengan lamaran daripada syarikat ternama KRU sekaligus mula mengorak langkah dalam cabang karier terbarunya.

wow inilah nama besar dalam industri hiburan yang melamar datuk aliff syukri sebagai penyanyi 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Apabila KRU tawarkan peluang, susah untuk saya tolak kerana mereka adalah nama besar dalam bidang seni. Lagipun selepas berfikir panjang saya berpendapat mungkin ada baiknya juga saya luaskan kerjaya saya, tidak terikat dengan perniagaan sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Tegas Aliff, dia enggan dilihat sebagai pencabar kepada Vida kerana mereka berdua adalah teman rapat yang bekerja dalam bidang yang sama.

Pastinya ini perkhabaran baik buat peminat industri muzik tempatan. Bagaimana agaknya bentuk buah tangan terbaru yang bakal lahir hasil gandingan kerja kreatif KRU bersama Aliff? Sama-sama kita nantikan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)