Oleh pada 10 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Usahawan kosmetik dan penyanyi Aliff Syukri merayu agar netizen berhenti menekan butang tanda tidak suka (dislike) pada video Youtube lagu nyanyiannya bersama Nur Sajat, Abang Nak Tegur.

Aliff atau Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 30, berkata dia bingung dan tidak mempunyai penyelesaian untuk menghentikan tindakan nakal netizen yang menaikkan jumlah 'unlike' pada video lagu itu.

Dalam masa sama, Aliff merayu agar isterinya, Datin Nur Shahida dapat berduet bersamanya untuk menggantikan bahagian vokal  Sajat.

“Aku dah penat dah susah-susah nyanyi pergi ke Spain, tapi orang tekan dislike. Minta tolong, tolonglah nyanyi lagu ini dengan hubby. Tak tahu apa masalah dengan mereka.

“Tolonglah, sayang. Entahlah, kita dah laburkan banyak, berjuta-juta tapi impak tak ada dan orang dislike,” rayunya dalam kenyataan yang dibuat menerusi sebuah video di laman Instagram beliau, @aliffsyukriterlajaklaris.

Dalam pada itu, aktres Lisa Surihani juga menyokong cadangan supaya Shahida tampil membantu Aliff untuk kolaborasi lagu berkenaan.

Terdahulu, muzik video lagu terbaharu Aliff dan Sajat mendapat lebih banyak tanda tidak suka (dislike) berbanding tanda suka (like) di laman Youtube.

Menerusi respon balas netizen di ruangan komen, rata-rata memberitahu mereka tidak gemarkan kemunculan Sajat dalam lagu duet itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)