Oleh pada 07 Aug 2017 kategori

yang bodoh awaklah respon berang datuk aliff syukri isu beri hadiah kepada ibu 1

Kredit foto: Youtube Malaysia Viral Terkini & kakishare.my

Tak tahulah apa yang hendak dikatakan tentang sikap netizen ini. Ada sahaja tak kena di mata. Pasti ada lontaran komen daripada sudut pandangan yang negatif tentang apa sahaja perkongsian para selebriti di laman sosial.

Semalam jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri memuat naik videonya sedang menghadiahkan pemberian istimewa kepada ibu beliau. Dalam bergembira ketika percutian bersama keluarga di Switzerland baru-baru ini, Aliff tak lupa untuk membawa pulang sesuatu buat ibunya.

Bagaimanapun apa yang menjadi kekecohan apabila ada di kalangan para pengikut Aliff beranggapan beliau seperti sengaja ingin menunjuk-nunjuk kemewahan kepada umum. 

yang bodoh awaklah respon berang datuk aliff syukri isu beri hadiah kepada ibu 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Semua ini untuk mak, hadiah dari Switzerland. Tapi susah betul bila mak saya ni tak pandai nak bergaya. Siapa nak sambungan video bahagian kedua sila beri komen-komen yang comel. Kalau ramai yang komen di bawah saya akan muat naik.

Tidak tahan dengan komen melampau yang menggelarkannya sebagai "bodoh", akhirnya Aliff tampil memulangkan paku buah keras. 

yang bodoh awaklah respon berang datuk aliff syukri isu beri hadiah kepada ibu 3

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri & ohbulan.com

Bagaimanapun tidak semua mempertikaikan tindakan Aliff kerana ada juga yang memahami mesej yang tersirat di sebalik video tersebut. 

yang bodoh awaklah respon berang datuk aliff syukri isu beri hadiah kepada ibu 4

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri & ohbulan.com 


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)