Oleh pada 04 Aug 2017 kategori

wow special edition hot wheels i am me dipasarkan 1

Kredit foto: Facebook Merah Networks & Instagram Datuk Seri Vida

Sebelum ini, video lagu I Am Me nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menjadi sebutan ramai dan mendapat tontonan tinggi di laman Youtube.

Dan yang terkini, 'Edisi Istimewa Hot Wheels I Am Me' pula menjadi bualan hangat apabila fotonya menjadi tular di laman sosial. 

wow special edition hot wheels i am me dipasarkan 2

Kredit foto: Facebook Merah Networks

Koleksi istimewa keluaran Hot Wheels itu adalah daripada kereta jenis Bentley berwarna putih dan dihiasi batu ala swarovski kuning dan merah jambu.

Pastinya ia adalah perkhabaran baik buat para ‘collectors’ di luar sana.

Namun berita itu akhirnya berbalas hampa apabila Vida yang dihubungi mengesahkan tiada keluaran produk tersebut di pasaran.

“Ya, ia ada dijual di kedai serbaneka 7 Eleven! Hahahaha,” ujar Vida dalam nada jenaka kepada portal Astro Gempak. 

Berikut respon balas netizen tentang berita tersebut. 

wow special edition hot wheels i am me dipasarkan 3

Kredit foto: Astro Gempak 


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)