Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida
Ramai yang sedia maklum dengan gaya lincah dan selamba usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Namun kerana perwatakannya itu juga kadang-kadang mengundang pelbagai persepsi negatif dan kritikan masyarakat.
Apatah lagi selepas terbitnya video muzik lirik single sulungnya yang berjudul I Am Me.
Dengar khabar pelbagai gelaran buruk diberikan kepada Vida sehinggakan ada yang sanggup memanggilnya sebagai badut.
Dalam sebuah wawancara terbaru, Vida mendedahkan perasaannya yang terguris dek kerana komen yang melampau.
Walaupun kelihatan kebal, namun Vida akui dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan.
Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida
Kadang-kadang saya terkasima dengan perkataan yang tak terjangka akan keluar. Ada yang kata saya badut, Oh My God, itu adalah sesuatu yang paling menyakitkan hati, tapi nak buat macam mana mereka tak memahami saya.
Sumber: Mstar
Vida juga menganggap dirinya yang suka tampil dengan sesuatu yang berlainan turut menjadi faktor mengapa dia digelar "syok sendiri."
Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida
Syok sendiri apa, saya kena berkarya cara saya, tak boleh duduk diam dengan benda yang stereotype atau benda yang sama. Saya sukakan sesuatu yang berlainan, itu cara saya sebab tu kadang-kadang orang kata saya trend setter, saya leading, ada kata saya idealis, Alhamdulillah.
Sumber: Mstar
Tambah Vida, dia tidak akan tunduk dengan tohmahan masyarakat dan akan membuktikan segala yang diusahakannya kini akan memberi pulangan lumayan kepada hasil jualan produknya.