Oleh pada 31 Aug 2017 kategori

Kredit foto: stadium.my & BH Online

Sebelum ini timbul desas-desus tentang perhubungan dingin antara usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan syarikat rakaman KRU Music, juga komposer Edry Abdul Halim.

Ini gara-gara ada dakwaan mengatakan Vida berasa terkilan kerana hak cipta single sulungnya, I Am Me diberikan kepada syarikat rakaman itu sedangkan dia yang bertungkus-lumus mengeluarkan duit dan menyumbangkan idea.

Bagaimanapun, Vida dalam sebuah wawancara terbaru menafikan spekulasi yang tersebar.

Jelas Vida, bukan sahaja khabar angin yang bertiup itu tidak betul, malah dapat menjejaskan mesej baik yang cuba disampaikan dalam lagunya.

Tiada perselisihan antara saya dengan KRU Music. Kalau boleh, jangan calarkan nilai positif yang ingin saya sebarkan menerusi lagu itu.
Sumber: Harian Metro

isu dengan edry abdul halim akhirnya datuk vida buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Dalam perkembangan lain, Vida kini sedang mengerahkan idea untuk pembikinan video muzik rasmi I Am Me yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Sebelum ini, kami keluarkan video lirik dan menjadi tular. Jadi, menjelang 4 dan 5 September ini, saya akan memulakan penggambaran muzik video I Am Me dan ia akan diarahkan Ghaz Abu Bakar. Saya sedang mencari beberapa elemen menarik yang bakal mencuri perhatian peminat. Apa yang boleh saya janjikan, ia akan tampilkan sesuatu yang berbeza berbanding muzik video lagu-lagu lain yang pernah ada.
Sumber: Harian Metro

Video lirik I Am Me sehingga kini telahpun meraih lebih 7 juta tontonan sejak dimuat naik di laman Youtube pada 17 Julai lalu.

Video rasmi lagu tersebut bakal menampilkan penampilan istimewa anaknya, Cik B. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)