Oleh pada 22 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Youtube Litefmradio 

Dua tahun lalu, industri hiburan pernah digemparkan dengan perang dingin antara Chef Wan dan Datuk Seri Vida.

Semuanya gara-gara kritikan pedas Chef Wan terhadap Vida yang ketika itu menaja Anugerah Juara Lagu ke-29.

Namun Vida tidak mengambil hati akan kritikan beliau.

Bagaimanapun, baru-baru ini Chef Wan telah membuat sebuah lagi kenyataan terbuka di laman Instagramnya berkaitan Vida.

Kali ini Chef Wan memperkatakan tentang video muzik single sulung Vida, I Am Me yang sedang menjadi siulan ramai.

Menariknya komen Chef Wan kali ini berbaur positif dan seakan menandakan perang yang berlaku antara mereka sudahpun berakhir.

Jom ikuti luahan Che Wan. 

respon mengejutkan chef wan selepas tonton video lagu i am me datuk seri vidac2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida 

Wah bercita-cita tinggi sungguh ratu kita ni.

Alhamdulilah kita tak cuba mana tahu, kan?

Saya tengok video dia sungguh menghiburkan, comelpun ia.

Satu perkara saya kagum dengan dia, dia ada keberanian. Kutuklah macam mana pun!

Tak kisahlah dia tak ada suara perindu macam Siti Nurhaliza tapi dirinya dan lirik tu sangat lucu mahupun gayanya!

Tengoklah semua penyanyi Korea lucu yang dahulu, yang Gangnam Style tu.

Boleh popular satu dunia.

Zaman kini nak jadi selebriti tak payah nak cukup pakej orang kata.

Ada pakej yang orang suka pada gila-gila kita ni pun jadilah.

Janji ada peminat kita dan tak kacau orang.

Kebelakangan ini saya cuba mempelajari dan memahami kedua-dua belah pihak.

Apalah maknanya pada kesempurnaan untuk memuaskan nafsu manusia ini yang tidak pernas puas.

Ada saja tak kena pada mata kita termasuklah saya pun!

Sesetengah orang kata dalam media sosial dia dan Aliff ni suka minta perhatian dengan sikap menunjuk-nunjuk dan macam-macam lagilah.

Tapi itu pada yang tak berkenan melihatnya.

Tapi ada pula yang suka ke arah itu macamlah saya juga kebelakangan ini gelak-gelak tinjau Instagram dia dan Aliff tu.

Mereka berdua bekerja keras untuk berjaya dan mungkin ramai yang mendapat inspirasi daripada mereka.

Doa baik-baik untuk mereka dah.

Bila saya tengok Qu Puteh membeli beg dia di stor LV tu memang pandangan pertama saya, ”Ya Allah, apa lagi yg dia nak tayangkan kepada kita? Dengar dia bercakap buat saya ketawa.”

Terpulanglah pada hati masing-masing nak melihat dari sudut mana?

Ini kekayaan saya, kehidupan saya dan sayalah ratu! Saya suka itu!

Tu yang program TV saya di Astro Warna, Selera Rasa Seksa tu saya dipakaikan crown jadi raja pula buat gelak-gelak juga!

Kita perlu ketawa lebih dalam kehidupan ini.

Kebelakangan ini saya melihat dia dengan rasa sungguh terhibur.

Kita tak boleh menidakkan yang kita mempelajari beberapa perkara tentang hidup dan mendapat inspirasi hanya dengan melihat telatahnya dan komen daripada para pengikut Instagramnya daripada yang positif termasuklah yang negatif.

Jika kita rasa tak sesuai untuk mata, hati dan mulut kita tak payahlah ikut dan layan.

Mengata dan mengutuk tak sudah-sudahpun lagi tambah dosa.

Kadang-kadang sungguh menarik untuk melihat personaliti yang berlainan.

Duit orang tu makan tak habis.

Sayapun cuba menyimpan sesetengah pendapat itu kepada diri saya.

Saya rasa dia melucukan dan pada masa yang sama sangat menghiburkan pula selepas berasa terancam pada awalnya.

Saya doakan yang terbaik buat dia dan tahniah atas pelancaran video muzik tersebut.  

Nampaknya ini satu perkhabaran yang baik. Soalnya bukan siapa menang dan siapa kalah tetapi lebih kepada menyokong usaha kita sesama sendiri. Semangat Chef Wan merendahkan dirinya memberikan pujian kepada Vida harus dipuji. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)