Kredit foto: hangat.com
Anak usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B tidak puas hati dengan tindakan sesetengah lelaki yang cuba mendekati ibunya hanya kerana harta.
Luahan tersebut didedahkan dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik ke laman Instagram Vida.
Menurut Cik B menerusi video tersebut, dia mampu menghidu sifat lelaki yang menggoda Vida dengan niat serong.
Ini perisai saya! Jangan sesiapa berani dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama. Saya tak bagi! Siapa-siapapun... Semua tu nak perhatian, nak duit. Saya tahulah. Kenapa nak kahwin dengan mak saya? Nak glamor? Nak kaya? Nak duit?
Sumber: Astro Gempak
Sehingga kini, video tersebut telahpun menerima lebih setengah juta tontonan.
Vida dalam kapsyennya melahirkan rasa hairan dengan kenyataan Cik B yang tidak semena-mena.
Vida juga tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang dimaksudkan Cik B.
Menerusi reaksi balas netizen di ruangan komen, rata-rata mengagumi keberanian Cik B bersuara lantang mempertahankan ibunya.
Ini video tersebut.