Oleh pada 13 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terkedu dengan telatah anak sulungnya, Cik B yang beraksi menghisap vape.

Vida meluahkan perasaannya di laman Instagram berserta sebuah video.

cik b dah pandai hisap vape datuk vida terkejut 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Cik B hisap vape? Macam ya ya saja. Muka sikit punya feeling. Tapi yang penting, Cik B dah berjinak-jinak dengan foundations. Kreatifnya dia punya imaginasi. Kejut mama tengok.

Bagaimanapun dalam video itu, Cik B hanya mengajuk gaya menghisap vape, sedangkan alat yang digunakannya hanyalah sebotol bedak asas yang seakan bentuk vape.

Selepas mengajuk gaya hisap vape, Cik B membuat gaya silap mata pula dengan meluahkan kapas dari mulutnya.

Persembahan Cik B ditutup dengan mencalit bedak asas itu ke permukaan tangan sebelum meratakan ke wajah.

Ternyata, video Cik B kali ini sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas video lawak terdahulu tentang amarannya kepada lelaki yang ingin mendekati Vida.

Dengan video-video kreatif yang dihasilkan anak jutawan itu juga telah mempopularkan dirinya di kalangan pelayar laman sosial. Malah akaun Instagram miliknya kini sudahpun mencecah 97 ribu pengikut!




Hakcipta iluminasi.com (2017)