burac canboy winrar free percuma sampai mati

Sedar atau tidak, kebanyakan daripada pengguna komputer pasti pernah menggunakan perisian WinRAR.

Namun, pernah tak anda terfikir bagaimana anda masih boleh terus menggunakan WinRAR secara percuma walaupun selepas tempoh percubaan 40 hari tamat?

Jawapan pendek kepada soalan ini adalah kerana strategi perniagaan syarikat ini yang membenarkannya berlaku. 

Pada tahun 1993, dunia diperkenalkan dengan "shawl archive" atau RAR, format fail arkib pemilikan yang menyokong pemulihan ralat pemampatan data dalam rangkuman fail.

Ia telah dibangunkan oleh jurutera perisian Rusia, Eugene Roshal, tetapi hak cipta untuk format fail itu dipegang oleh abangnya, Alexander Roshal.

Dua tahun kemudian, kita melihat kemunculan WinRAR, sebuah utiliti arkib fail untuk Windows yang akan digunakan untuk membuat dan melihat arkib dalam format fail RAR atau Zip, serta membongkar sejumlah besar format fail arkib lain.

mesej peringatan lesen winrar

WinRAR diagihkan sebagai "perisian boleh cuba sebelum beli" yang bermaksud bahawa anda boleh menggunakannya secara percuma selama jangka waktu tertentu dan kemudian membuat keputusan sama ada ingin teruskan ataupun tidak. 

Jika anda ingin terus menggunakannya, mengikut Syarat Penggunaan, anda perlu membeli lesen.

Dan semua fungsi masih akan berfungsi seperti biasa. Satu-satunya perkara yang anda akan hadapi adalah mesej peringatan khasnya:

"Sila ambil perhatian bahawa WinRAR bukan perisian percuma. Selepas tempoh percubaan selama 40 hari, anda perlu sama ada membeli lesen atau membuangnya dari komputer anda".

Pengguna komputer persendirian jarang membeli perisian ini dan jika anda berasa bersalah mengenainya, mungkin tidak perlu lagi berasa sedemikian.

Ini kerana syarikat ini tahu bahawa anda menggunakan perisian mereka secara percuma, malah mereka membenarkannya.

burak canboy pengasas winrar

(Burak Canboy, pengasas dan CEO WinRAR)

Ramai pengguna benar-benar percaya perisian WinRAR adalah perisian percuma dan ini membuatkan pengguna tidak berasa untuk menggunakan versi cetak rompak dengan potensi berbahaya, jika perisian asli boleh digunakan.

Ini memberikan kebaikan kepada WinRAR sendiri.

Sebenarnya, ia adalah strategi perniagaan yang sangat berani yang bukan hanya membantu syarikat ini membanteras cetak rompak perisian, tetapi juga membolehkan WinRAR menjadi salah satu program yang paling banyak digunakan di dunia.

Strategi ini dilihatkan sebagai sangat mengagumkan, tetapi soalan logik seterusnya adalah bagaimana mereka menjana keuntungan?

meme albert einstein winrar

Jawapannya adalah sangat ringkas iaitu melalui perniagaan. Terma dan syarat umum bagi pelanggan untuk WinRAR mengimplikasikan yang berikut:

Pelanggan boleh memuat turun perisian RAR tanpa caj dari laman web WinRAR.com dan rarlab.com serta menggunakan perisian tanpa bayaran selama 40 hari. Sepanjang tempoh ini semua fungsi perisian RAR tersedia kepada pengguna dengan pengecualian fungsi: "Tambah maklumat kesahihan ", "Tunjukkan fail protokol" dan "memadam fail protokol".

Pembeli harus menguji perisian RAR semasa fasa ujian untuk menentukan sama ada ia memenuhi keperluan yang diperlukan, khususnya pelanggan mesti menentukan sama ada perisian RAR berfungsi di bawah sistem pengendaliannya serta dalam persekitaran perkakasan dan perisian yang dikehendaki.

Pembeli berjanji untuk memperolehi lesen untuk perisian RAR hanya jika dan bila, dia telah meyakinkan dirinya bahawa dia boleh menjawab soalan yang disebutkan di atas dengan jawapan "Ya".

Dan walaupun kebanyakan pengguna persendirian biasanya tidak peduli dengan tindakan undang-undang, syarikat-syarikat perlu mengambil perhatian jika mereka tidak ingin dikenakan tindakan atau sekurang-kurangnya mengekalkan reputasi yang baik.

Dengan ini, syarikat akan membeli lesen untuk semua perisian yang digunakan oleh para pekerja mereka dan perkara yang sama berlaku dalam kes WinRAR.

strategi perniagaan winrar benarkan pengguna guna secara percuma selepas 40 hari tempoh percubaan

Sudah tentu tidak semua syarikat yang mengikut undang-undang tetapi sebilangan besar daripada mereka yang membeli lesen untuk mengelakkan pendakwaan yang berpotensi adalah hasil sumber terbesar untuk WinRAR.

Dengan membenarkan pengguna biasa untuk terus menggunakan fungsi perisian tetapi dengan "gangguan" berterusan melalui mesej setiap kali membuka perisian ini, syarikat itu meningkatkan peluang untuk orang ramai benar-benar membeli WinRAR sama disebabkan kejujuran, rasa bersalah bahkan secara tidak sengaja.

Membuatkan pengguna untuk membeli program penuh tidak begitu mudah kerana kebarangkalian untuk pengguna membeli selepas mencuba secara percuma adalah tersangat rendah.

Namun dalam kes WinRAR, ia akan kelihatan bahawa mereka hanya mahu perisian mereka berada di internet dan diketahui ramai, sehinggakan pada tahun 2015, mereka secara rasmi mengeluarkan edisi peribadi secara percuma untuk China.

Juga perlu diketahui bahawa WinRAR mempunyai aplikasi Android dan ia adalah percuma, tetapi boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan. 

Disebabkan oleh "mesej gangguan" oleh WinRAR setiap kali perisian dibuka, ia digelarkan sebagai "nagware", istilah untuk perisian yang mengingatkan pengguna secara berterusan untuk membeli lesen.

Jenis perisian ini juga dirujuk sebagai "begware" dan "annoyware", jelas sekali kerana orang ramai geram dengan peringatan yang berterusan itu.

Rujukan:

1. CHM Tech

2. Popular Mechanics

3. Sebab kenapa tempoh percubaan WinRAR tidak pernah tamat



Hakcipta iluminasi.com (2017)