Oleh pada 27 Feb 2018 kategori

wany hasrita komen gosip berkawan dengan fairuz selamat

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita memaklumkan dia masih berstatus solo, sekaligus tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki seperti yang diperkatakan baru-baru ini.

Pemilik nama penuh Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini berkata demikian kerana enggan menerima label negatif daripada masyarakat apabila terlalu kerap digosip dengan kawan lelaki.

"Sebelum ini, orang kaitkan saya dengan Tajul dan Khai. Sekarang timbul pula dengan Fairuz Selamat. Ingin dijelaskan, saya hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu," katanya.

Malah Wany juga tidak selesa apabila dianggap sedang dalam fasa berkawan dengan bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz kerana hakikatnya tidak seperti yang dilaporkan.

"Macam cerita dengan Fairuz ini, penggunaan istilah fasa berkawan itu kurang sesuai kerana ramai beranggapan wujud hubungan antara kami," katanya.

Pelantun Menahan Rindu ini takut jika kenyataan yang dikeluarkan menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen.

“Saya tidak mahu orang salah anggap dengan kenyataan saya," tegasnya.

Dalam masa sama, Wany juga risau masyarakat akan memadang serong apabila namanya sering terpalit dengan gosip cinta. 

Apatah lagi mengenangkan perasaan ibunya yang barangkali terkesan disapa gosip liar yang bertebaran itu.

"Saya kasihkan ibu jika cerita sebegini selalu keluar. Dia tahu saya macam mana. Dalam masa sama, saya tidak mahu timbul persepsi negatif terhadap saya.

"Kalau sering cerita dengan lelaki keluar, apa pula orang anggap saya. Sedangkan, saya hanya berkawan. Macam yang pernah dikatakan sebelum ini, fokus saya masih pada kerjaya.

"Saya tidak mahu terburu-buru dalam soal ini. Saya percaya pada jodoh dan ketentuan Allah. Kalau tiba waktunya, saya pasti ada pasangan dan berkahwin juga. Cuma, buat masa sekarang, saya masih solo," katanya.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)