Oleh pada 09 Mar 2018 kategori

fairuz mohon maaf secara terbuka isu kapsyen wany hasrita 1

Kredit foto: Instagram Fairuz Selamat

Bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat akui kisah keakrabannya dengan penyanyi Wany Hasrita telah menimbulkan pelbagai respon daripada netizen.

Segelintir daripada mereka memberikan reaksi postif, namun sesetengahnya lagi melahirkan rasa berang kerana foto-foto Instagram yang dimuatnaik termasuk kapsyennya seakan melambangkan kemesraan hubungan mereka.

Fairuz dalam kiriman terdahulu ada mengemaskini foto melawat Wany di hospital ketika penyanyi itu dijangkiti virus Influenza B.

“Alhamdulillah Wany okey. Suara dia tak ubah mcm mesin tebu. Kalian semua doakan Wany sihat tau. Persembahan banyak tapi sakit. Tapi saya akan pastikan dia berada di wad seminggu dua. Biar betul-betul rehat. Kalau dia jayakan persembahan juga, saya bergegas ke sana. Saya culik dia sewenang-wenangnya!! Semoga cepat sembuh, Wany. Cepat sihat naa. Durian tak dapat lagi ni!“ tulis Fairuz pada kapsyen sebelum ini.

Begitupun, entri itu nyata mengundang rasa tidak senang sesetengah peminat hingga jejaka ini terpaksa menyunting semula kapsyen yang ditulis dengan memadamkan beberapa ayat yang menimbulkan amarah ramai.

fairuz mohon maaf secara terbuka isu kapsyen wany hasrita 2

Kredit foto: Instagram Fairuz Selamat

Tidak hanya itu, Fairuz turut memuat naik permohonan maaf secara terbuka dalam sebuah lagi kiriman terbaru.

“Pertama sekali saya nak mohon maaf kepada pihak-pihak tertentu yang terganggu dengan kiriman saya beberapa hari lepas.

“Sebagai seorang lelaki dan insan biasa, saya cuma jalankan tanggungjawab saya untuk membuat seseorang yang saya selesa, tersenyum. Saya minta maaf,” tulisnya.

Dalam wawancara bersama portal Sinar Harian, pelantun Izinkanlah ini mengatakan dia merendah diri memohon maaf kerana tidak mahu isu itu berlarutan.

“Sejak gambar dan kapsyen itu dimuat naik beberapa hari lalu, saya menerima puluhan DM (Direct Message) yang memberi respon tentang kiriman tersebut.

“Sebahagian besarnya ada kata-kata cemuhan dan maki hamun, memarahi saya yang dikatakan perasan serta tidak sepadan dengan Wany.

“Apa pun saya tidak mengambil serius tentang perkara ini dan menganggap ia hanyalah respon daripada mereka yang salah faham tentang persahabatan kami,” katanya.

Fairuz yang berkenalan dengan Wany sejak lebih dua tahun lalu itu, akan lebih berwaspada dalam apa juga kiriman yang bakal dimuatnaik berkaitan persahabatannya dengan penyanyi Menahan Rindu itu.

“Sebenarnya tidak apa pun yang perlu dirisaukan kerana saya tidak salah apa pun. Namun untuk tidak mengeruhkan keadaan saya cuba mengambil pendekatan terbaik.

“Lagipun nama dan kerjaya seni Wany tengah naik, jadi saya tidak mahu perkara-perkara sebegini boleh menggangggu atau memberi pengaruh yang tidak baik kepada perjalanan seninya,” katanya sambil menegaskan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan. 


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)