Oleh pada 04 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Mstar

Bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat akui penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Wany Hasrita mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

“Saya dengan dia berkawan rapat. Ya, dia memang ada ciri-ciri wanita yang saya mahukan," kata Fairuz.

Malah, beberapa sifat dimiliki Wany membuatkan Fairuz berasa selesa menjalinkan persahabatan dengan beliau.

“Saya senang dengan sikapnya yang baik, easy going dan tak control cun,” katanya.

Biarpun begitu, Fairuz yang kini berusia 32 tahun enggan mengganggu tumpuan Wany kerana penyanyi itu sedang sibuk membina nama dalam dunia hiburan.

Apatah lagi mengenangkan pelantun Menahan Rindu itu pastinya mempunyai beberapa kawan lain yang sedang dikenali.

“Memang saya dan dia berkawan, Tapi, saya pun yakin Wany juga ada berkawan dengan orang lain juga," katanya.

Jujurnya, kata Fairuz, mereka gemar berbual dalam mesej peribadi meskipun jarang bertemu.

“Sebenarnya, kami pun jarang berjumpa tetapi kerap berbalas mesej. Kalau berjumpa pun apabila kami terlibat sama dalam acara hiburan.

“Lagipun, dia agak sibuk dengan kariernya. Jadi, saya perlu menghormati waktunya,” katanya.

Dalam pada itu, Fairuz turut mendedahkan niatnya untuk berkolaborasi dengan Wany menerusi single lagu duet.

“Sebelum ini, kami pernah berduet dalam aplikasi Smule.

“Pernah juga kami menyanyi bersama dalam pelbagai acara hiburan,” katanya.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)