Oleh pada 14 Feb 2018 kategori

baju juara lagu wany hasrita diejek1

Kredit foto: Harian Metro

Menjadi bahan ejekan selepas persembahan lagu Menahan Rindu di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) Ahad lalu, penyanyi Wany Hasrita hanya mampu 'memuji' kreativiti netizen.

Usikan nakal yang tular di Internet itu mengatakan persalinannya pada malam itu tak ubah bak botol air, pembalut gula-gula, daun terup, watak kartun dan filem serta pahlawan berperisai.

“Apa saya boleh katakan, orang kita memang rajin dan kreatif dalam bab sebegini. Banyak masa mereka untuk menyuai padan. Saya tidak tahu nak cakap apa sebaliknya mampu tergelak apabila melihat gambar ini.

“Tidak ada guna saya marah sebab ia hal remeh. Ia tidak meninggalkan kudis pun untuk saya. Banyak lagi perkara penting yang saya harus fikir.

“Kalau ada yang beranggapan saya akan melenting atau berasa malu, mereka silap. Cuma satu saja pesan saya, jadilah manusia yang berfikiran matang,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, baju warna merah rekaan pereka muda, Mirol Jonit (modebymiroljonit) itu teruk menjadi bahan jenaka.

baju juara lagu wany hasrita diejek 2

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

Seorang pengguna Twitter yang berkongsi padanan foto Wany dan botol air telah di’retweet’ sebanyak 1,376 kali serta mendapat lebih 900 ‘likes’.

“Saya okey dan tidak ada masalah pun. Ini bukan pertama kali fesyen saya dikritik peminat. Saya sudah biasa.

“Apa pun, terima kasih atas keprihatinan peminat dan netizen,” katanya.

Dalam pada itu, pereka, Miro Jonit atau Mohd Amirul Md Joniy bersikap positif atas hentaman yang diterima, malah mempunyai penjelasan tersendiri tentang motif rekaan tersebut.

“Dari awal lagi saya ambil ia sebagai risiko kerana ingin jadikan imej Wany lebih moden. Umum mengetahui imej Wany sebelum ini berbeza.

“Jadi selepas beberapa kali bekerjasama dengannya, saya cuba berikan kelainan pada AJL. Dahulu kalau perasan dia lebih kepada imej gadis hijabista biasa.

“Disebabkan itu saya gunakan pendekatan imej moden. Netizen yang cakap negatif, ingin dijelaskan saya bukan pereka yang main tangkap muat dan sesuka hati,” katanya.

Tidak terkecuali, Mirol menegaskan penghasilan fesyen itu turut dibuat melalui kajian dan hasil perbincangan dengan beberapa pihak. 

“Dari awal sampai ia disiapkan, saya ada buat kajian tersendiri. Proses ini dibincangkan dengan pelbagai pihak termasuk Wany, syarikat rakaman FMC, staylish TV3 dan pihak penerbitan.

“Kalau rekaan ini disamakan netizen dengan macam-macam lagi, saya okey saja. Bagi saya, mereka yang mengutuk rekaan adalah tidak memiliki ilmu dalam rekaan fesyen,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)