Oleh pada 31 Jan 2018 kategori

khai bahar comel wany hasrita 1

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita mengakui selesa menjalinkan hubungan dengan Khai Bahar walaupun mereka hanyalah rakan sekerja.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, akui hubungan yang terjalin itu bertambah rapat apabila mereka sering terlibat menjayakan acara persembahan sama.

“Saya akui menyenangi sikap Khai. Dia seorang yang baik dan mudah dibawa bercerita. Lagi satu, Khai seorang yang ‘clumsy’ tetapi comel," katanya kepada Harian Metro.

Wany berkata, Khai bukanlah seorang lelaki pemalu seperti yang terlihat di luar.

“Kalau sekali pandang, Khai nampak pemalu, tetapi kalau sudah lama kenal dia banyak cakap. Paling penting, dia seorang yang menghormati orang lain," katanya.

Biarpun begitu, Wany menegaskan hubungan mereka hanyalah sekadar berkawan dan tidak mempunyai ikatan istimewa.

“Malah dia selalu berseloroh dengan memuji saya comel. Bagi saya ia satu pujian. Namun, antara kami tidak ada apa-apa yang istimewa sebaliknya hanya rakan sekerja,” katanya.

Wany yang sedang meletup dengan lagu Rintihan Rindu ini berkata, dia tidak sesekali ambil hati apabila ada peminat yang menyatukan mereka sebagai pasangan kekasih.

“Kalau kami ada persembahan bersama, memang banyak IG Stories yang dimuat naik. Malah, kalau muat naik gambar di IG pun banyak yang komen.

“Bagi saya, ia hanya usikan peminat. Mungkin mereka suka melihat kami bersama setiap kali buat persembahan. Saya okey saja dan tidak ada masalah. Jauh sekali nak marah atau ambil hati,” katanya.

Malah, kata Wany, belum masanya lagi untuk dia memikirkan soal cinta.

Sumber berita:  Harian Metro


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)