Oleh pada 29 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Wani Kayrie

Selepas memuat naik foto bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid, ramai netizen mula berteka-teki tentang status hubungan penyanyi Wani Kayrie dengan jejaka itu.

Enggan berselindung, Wani mengakui perkenalan bersama Safawi telahpun menganjak usia sebulan dan segala-galanya bermula di laman Instagram.

wani kayrie dedah status hubungan dengan safawi rasid 2

Kredit foto: Instagram Wani Kayrie

Jujurnya saya tidak kenal siapa Safawi Rasid kerana tidak meminati sukan bola sepak. Kata Safawi dia mengenali saya sejak 2015 dan pernah beberapa kali menghantar mesej di Instagram saya. Selepas tengok fotonya barulah saya tahu dia salah seorang pemain bola sepak pasukan JDT.
Sumber: Mstar

Perkenalan bersama Safawi telah membuatkan Wani meminati sukan bola sepak dengan lebih mendalam.

Wani turut menceritakan keterujaannya mengikuti perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Indonesia pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (SEA2017) Sabtu lalu.

wani kayrie dedah status hubungan dengan safawi rasid 3

Kredit foto: Instagram Wani Kayrie

Terus-terang saya tak tengok bola sepak tapi sejak mengenali Safawi barulah saya ada minat hendak menonton. Tapi bukanlah sebab dia semata-mata. Baru saya tahu seronok juga tengok bola sepak ini. Buat pertama kali saya pergi stadium untuk menyaksikan perlawanan bola separuh akhir pada Sabtu lalu dan ia satu pengalaman baharu.
Sumber: Mstar

Dalam pada itu, Wani tidak dapat memyembunyikan rasa terkilan terhadap dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan persahabatannya dengan penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia itu hanyalah untuk meraih publisiti.

Saya sedih bila baca komen yang mengatakan saya mahu tumpang populariti dan ambil kesempatan terhadap Safawi. Sedangkan saya nak berkawan bukan sebab dia pemain bola sepak terkenal.
Sumber: Mstar

Untuk info, Wani pernah menjuarai rancangan pertandingan nyanyian kanak-kanak Kamilah Bintang terbitan Astro Ceria sekitar tahun 2010. Antara lagu-lagu popularnya adalah Jangan Jangan, Berteman Saja dan Kumbang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)