Oleh pada 31 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @animezatirizki_aer & Instagram @safawirasid29

    

Pengacara Anim Ezati Rizki memberitahu dirinya rimas apabila masih dikunjungi panggilan bekas kekasih, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid walhal mereka sudahpun putus sejak Januari lalu.

Meskipun Safawi pada awalnya dapat menerima hakikat hubungan mereka berakhir, namun ia tidak berlarutan lama.

"Pada mulanya Safawi okey tetapi selepas itu dia masih menghubungi saya beberapa kali.

"Tidak cukup dengan saya, dia ada berhubung dengan keluarga dan rakan terdekat saya," dedahnya kepada portal Astro Gempak.

Anim yang bahagia dengan kehidupan baharu, menganggap bintang sukan ternama itu barangkali pelik mendapati dia tidak berhubung semula.

"Saya rasa mungkin Safawi berasa pelik kerana saya tidak mencari dia semula walaupun dia sudah menghubungi saya.

"Kalau dulu, setiap kali dia melakukan kesalahan, saya akan memaafkannya memandangkan kami sudah tiga tahun bersama.

"Namun kali ini, saya sudah membuat keputusan untuk meneruskan hidup saya tanpa dia.

"Saya juga bersyukur apa yang dilakukan oleh Safawi langsung tidak mengganggu perasaan saya cuma semakin lama, ia merimaskan," katanya.

Anim akui, dia sedia maklum dengan hubungan terkini Safawi bersama aktres baru, Syifa Melvin.

    

syifa melvin safawi rasid bercinta

Kredit foto: Instagram @syifamelvin

    

"Sebenarnya, saya dapat tahu hubungan Safawi dengan Syifa menerusi peminat.

"Ada segelintir pengikut yang 'tagged' video dan gambar mereka kepada saya. Malah, Safawi sendiri sudah mengaku kepada saya.

"Dalam masa yang sama, Safawi masih cuba menghubungi saya dengan menggunakan nombor kawan-kawannya kerana saya sudah 'block' Safawi di WhatsApp.

"Safawi juga menyatakan dia masih menyayangi serta merindui saya.

"Dia juga menyuruh saya untuk putus dengan teman lelaki saya dan kembali kepadanya," katanya.

Namun Anim nekad mendedahkan kepada adik pelakon Syatilla Melvin itu berkenaan perbuatan Safawi terhadapnya.

"Saya berkeras dengan mengugut untuk memberitahu perkara ini kepada Syifa namun dia sangat yakin bahawa saya tidak akan melakukannya.

"Tanggapan itu salah kerana saya sudah memberitahu rakan rapat Syifa tentang apa yang terjadi.

"Niat saya memberitahu perkara sebenar kerana takut apabila semua ini kantoi, ia akan menjejaskan hubungan saya dengan Syifa.

"Selepas beberapa hari, Safawi ada memarahi saya kerana menceritakan perkara ini kepada kawan Syifa.

"Saya masih menyimpan kiriman mesej yang dihantarnya. Jadi, saya beranggapan Syifa sudah mengetahui segalanya. Saya sudah selesai dengan bahagian saya," katanya.

Untuk rekod, pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu juga pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa selebriti wanita lain seperti Wani Kayrie, Sweet Qismina dan Ruhainies.

    

Sumber berita: Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)