Oleh pada 27 Jun 2018 kategori

gayatri kunjungi keluarga zul ariffin 1

Kredit foto: Sinar Harian

Penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai, menangkis dakwaan dirinya bercuti di Pulau Bali, Indonesia, bersama aktor Zul Ariffin baru-baru ini.

Gayatri sebaliknya menegaskan, gosip yang tular itu adalah palsu sama sekali.

"Dakwaan itu tidak benar sama sekali,”€ katanya menurut laporan Harian Metro.

Begitupun, wanita itu tidak menafikan antara mereka mempunyai hubungan yang rapat dan kekal baik sehingga sekarang.

"Hubungan saya dan ahli keluarga Zul juga rapat terutama ibu dan kakaknya.

"Malah, saya turut berkunjung ke rumah keluarganya sempena sambutan raya baru-baru ini,”€ katanya.

Beliau diwawancara sewaktu menghadiri majlis pelancaran filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah (HKL) yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Gayatri menyerahkan hala tuju hubungan itu kepada soal jodoh.

gayatri kunjungi keluarga zul ariffin 2

Kredit foto: Forum Cari

"Orang akan terus bertanya mengenai perkara ini dan saya hanya serahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan,”€ katanya.

Penerbit filem HKL itu dalam masa sama menyangkal spekulasi kononnya Zul merupakan anak emas syarikat produksinya.

"Filem HKL adalah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold.

"Penampilan Zul adalah untuk menampilkan wajah baru untuk memantapkan lagi ilem itu.

"Walaupun watak pembantu, watak Zul sebagai bomoh tidak kurang pentingnya dalam filem HKL,”€ katanya.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)