Oleh pada 11 Mar 2018 kategori

zahirah macwilson dedah status terkini hubungan dengan zul ariffin

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Aktres, Zahirah Macwilson mengaku hubungannya dengan bintang Tombiruo, Zul Ariffin, masih berjalan seperti biasa.

Malah dia menafikan dakwaan bermasam muka dengan Zul sebagaimana diperkatakan segelintir pihak.

Begitupun, pelakon drama Duda Pujaan Dara ini tidak mahu bercakap lanjut tentang isu hubungan mereka yang dikatakan sudah berakhir.

“€Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih berjalan dengan baik. Kami tidak pernah bergaduh atau bermasam muka.

“€Cukup saya katakan, kami masih berkawan. Saya minta maaf kerana tidak dapat komen lebih lanjut,” €katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Zahirah yang juga membintangi drama La Luna enggan kisah peribadinya dijaja masyarakat.

Ini kerana beliau yang baru menjengah usia 23 tahun itu tidak mahu mengguris hati pihak tertentu.

“€Rasanya tidak manis untuk saya terus berkongsi mengenai hubungan yang terjalin.

“€Lagipun banyak hati yang perlu saya jaga. Saya tidak mahu mengecilkan hati sesiapa,” €katanya.

Sebelum ini, hubungan Zahirah dan Zul dikatakan sudah putus kerana bapa Zahirah, Zainol Macwilson tidak memberi restu kepada mereka.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)