Oleh pada 19 May 2017 kategori

aqasha dedah status hubungan terkini dengan isteri 1 503

Kredit foto: Instagram Aqasha

Aktor Aqasha mengakui hubungannya bersama isteri, Noor Baizura Mohd Sabri masih berada dalam keadaan baik.

Menurut Aqasha, dia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isu yang timbul selepas kontroversi yang melanda rumah tangganya sebelum ini.

aqasha dedah status hubungan terkini dengan isteri 2

Kredit foto: Instagram Aqasha

Hubungan saya dan isteri masih baik dan rumah tangga kami tiada masalah. Jika timbul sebarang spekulasi sebagai selebriti saya tidak boleh buat apa-apa. Jadi buat apa saya susahkan diri untuk memikirkan hal-hal sedemikian. Bukannya mendatangkan faedah pun.

Sumber: Astro Gempak

Tambah Aqasha, sebarang soalan berkenaan isu tersebut lebih wajar diajukan kepada mereka yang menimbulkannya.

aqasha dedah status hubungan terkini dengan isteri 3

Kredit foto: Instagram Aqasha

Saya tangani dakwaan ini dengan profesional dan saya tidak boleh menjawab dakwaan yang dilemparkan kepada saya. Sebaliknya individu yang membuat dakwaan itu yang sepatutnya menjawab.

Sumber: Astro Gempak

Aqasha juga enggan memanjang-manjangkan kontroversi yang melandanya. Dia menyifatkan masalah tersebut berpunca daripada emosi wanita yang tidak dapat dikawal.

aqasha dedah status hubungan terkini dengan isteri 4

Kredit foto: engkumuzahadin.blogspot.my

Orang akan beranggapan perkara itu betul, sebagai seorang lelaki saya tidak gemar mendedahkan kisah peribadi kepada khalayak. Sebaliknya tindakan wanita tidak serupa kerana dikawal emosi. Saya tahu apa yang saya buat dan mengendalikan situasi ini sebaik mungkin. Terpulang apa yang orang mahu fikir.

Sumber: Astro Gempak

Terdahulu, rumah tangga pelakon filem Embun itu dikatakan bergolak dan dikaitkan dengan kewujudan orang ketiga - yang didakwa adalah pelakon Rita Rudaini. 


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)