Oleh pada 02 Apr 2017 kategori

ferarri

Volkswagen Group telah memperoleh 90% daripada Ferrari N.V dengan bayaran $13 Billion USD selepas membeli bahagian tersebut dari[pada pemegang saham persendirian dan Exor N.V Piero Ferrari masih mengekalkan bahagiannya di dalam syarikat dengan 10% bahagian, dan syarikat berkenaan akan mengalami penstrukturan semula minggu akan datang.

vw group

Bercakap untuk GTspirit, Pengerusi lembaga pengurusan Volkswagen, Matthias Muller berkata pembelian ini terjadi selepas proses rundingan dengan yang memakan masa berbulan-bulan dengan Sergio Marchionne yang telah meletakkan jawatan beliau sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Ferrari. Muller memulakan rundingan sejak February namun CEO Ferrari itu telah menggagalkan semua usaha.

sergio marchionne

"Perbincangan untuk membeli Ferrari telah berlansung semenjak syarikat itu dipisahkan dari Fiat S.p.A pada 2015," kata Muller. Apabila ditanya sama ada Marchionne adalah sebahagian daripada urusan itu, "Marchionne membuktikan bahawa dirinya adalah sukar untuk berurusan dan saya tidak mempunyai apa-apa masalah berurusan dengannya. Malah terdapat satu jawatan yang menunggunya di pejabat VW dan kami boleh menggunakan pengetahuannya untuk membantu Kumpulan VW ke peringkat yang lebih tinggi," tambahnya.

812 superfast 67

Ferrari baru sahaja melancarkan kereta sport Ferrari 812 Superfast yang dikatakan menjadi model terakhir N/A V12 daripada pengeluar kereta Itali itu. Namun ia masih boleh berubah kerana VW mahu mengekalkan imej kuda Ferrari tersebut, termasuk enjin N/A untuk beberapa dekad akan datang.

Sumber : GTspirit




Hakcipta iluminasi.com (2017)