Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Kereta Ferrari model 458 Italia yang hangus terbakar di Lebuh Raya Kesas dari Persiaran kewajipan menghala ke Plaza Tol Sunway semalam adalah milik pengusaha kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Hal itu diakuinya dalam wawancara bersama portal Utusan Online.

“Benar, itu kereta saya dan harganya adalah RM1.8 juta. Memang ini satu dugaan buat saya," katanya.

Mengulas lanjut, Aliff berkata, sewaktu rakannya memandu dengan tidak semena-mena ia meletup di bahagian enjin sebelum marak terbakar.

kereta ferrari aliff syukri terbakar akhirnya ini kenyataannya kepada media 2

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

“Saya tidak boleh komen banyak tetapi ketika kejadian kereta itu dipandu rakan saya untuk bersiar-siar,” katanya.

Tambah Aliff, beliau meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak pengeluar Ferrari untuk tampil memberikan penjelasan susulan masalah yang berlaku. 

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sebab kereta itu tidak mengalami sebarang masalah sebelum ini.

“Tetapi melalui pembacaan saya di Internet menjelaskan kejadian seperti ini sering berlaku ke atas kereta jenis itu. Jadi saya mahu pihak Ferarri menjelaskan perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkongsi video di Instagram miliknya, yang mana memaparkan dia sedang menangisi peristiwa itu bersama sebuah lagi rakaman menunjukkan kereta berkenaan sedang marak dijilat api.

"Aku insan yang lemah. Kuatkanlah semangatku ya Allah. Apa patut saya buat? Kereta kesayanganku itu aku beli RM1.8 juta. Tak ada salah, tak ada apa, tiba-tiba meletup terbakar," katanya dalam keterangan kiriman video itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)