perodua myvi baru 2018 full specs

Perodua Myvi yang baru dilancarkan membuka mata semua pihak, kerana pakej yang ditawarkan oleh Perodua mampu memberikan sebuah kereta yang lengkap serba-serbi dengan harga yang boleh dikatakan berbaloi untuk dimiliki.

Namun masih ada suara-suara yang mengatakan harga kereta di negara kita, termasuklah Perodua Myvi sepatutnya menjadi lebih rendah. Ini disokong pula oleh kewujudan cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan Malaysia ke atas pengeluaran kereta tempatan.

Benarkah dakwaan pihak-pihak ini yang mengatakan Perodua Myvi sepatutnya dijual lebih murah? Mari kita lihat.

Dengan mengambil Perodua Myvi paling mahal dalam siri model terbaru ini, Perodua Myvi 1.5 AV yang berharga RM55,300 mari kita lihat perbandingan dalam kelas yang sama di negara-negara lain.

1. Malaysia

proton iriz kereta malaysia

Di Malaysia, saingan Myvi jelas jatuh pada Proton Iriz dan Honda Jazz. Dengan harga Rm56,950 untuk Iriz 1.6 paling lengkap spesifikasi dan bagi Honda Jazz pula, selepas ditolak cukai pun mempunyai harga Rm60,345 bagi varian paling rendah. Ternyata berdasarkan nilai yang kita dapat - Myvi mempunyai kelebihan untuk menawan hati rakyat Malaysia.

2. Jepun

honda fit jepun

Kita gunakan Honda Fit (nama Honda Jazz di Jepun sebagai perbandingan. Di Jepun, sebuah Honda Fit 1.5 mempunyai harga 1,428,840 yen. Ini bersamaan dengan RM53,023.16 jika diukur mengikut kadar tukaran asing ketika artikel ini ditulis. Bezanya, Fit lebih murah RM2,277 berbanding Myvi, namun untuk mendapatkan sistem Honda Sensing yang dikata lebih baik berbanding sistem ASA yang ada pada Myvi, pengguna Jepun perlu memilih varian yang berharga 2,079,000 yen atau RM77,150. Satu amaun yang agak tinggi berbanding full spec Myvi. (rujukan)

3. Thailand

toyota yaris thailand

Kami pilih dua kereta sebagai perbandingan. Model Toyota Yaris merupakan salah satu model yang popular di Thailand dengan harga 619,000 baht (RM78,199.92) bagi model full spec, tanpa ada sebarang sistem yang serupa dengan sistem ASA yang dipasang pada Myvi. Mazda 2, sebuah lagi kereta segmen B yang popular di Thailand pula berharga 790,000 baht atau RM99802.80. Hanya sebagai perbandingan, Mazda 2 paling mahal di Malaysia berharga RM93,412.30. (rujukan)

4. Australia

volkswagen polo australia

Australia menjadi pilihan kami untuk menilai sendiri apakah perubahan pada harga kereta mereka selepas berkuburnya industri automotif Australia. Volkswagen Polo menjadi kereta kelas B nombor 1 di Australia pada harga AUD23,190 atau RM72,500. Model Honda Jazz juga popular di sana dengan model full spec pada harga AUD26,177 atau RM81840.40.

5. Singapura

mitsubishi attrage singapore

Negara jiran kita memang terkenal dengan penduduk yang memiliki kereta-kereta mewah. Model paling laris di Singapura dalam kategori B adalah Volkswagen Polo. Jangan terkejut pula harganya adalah SGD96,900 atau RM296,004.12. Selain itu, Mitsubishi Attrage juga menjadi kegemaran kerana penjimatan minyak yang ditawarkan, namun harganya mampu membuat kita berpeluh. SGD86,999 atau RM265,759. (rujukan harga Mitsubishi Attrage dalam bentuk PDF)


Berdasarkan apa yang dapat disaksikan sendiri, terbukti pakej yang ditawarkan oleh Perodua sebenarnya pakej paling berbaloi dan lengkap, bukan sekadar di Malaysia, malahan di sekitar Asia termasuklah Australia. Kami bukanlah die hard fan Perodua cuma apabila kita nampak sesuatu yang baik, kami tolong promosikan dan jika Perodua Myvi dipasarkan ke negara lain, sangat mudah untuk masyarakat mereka nampak nilai value for money Myvi pada mereka.

Daripada segi harga, spesifikasi dan apa yang pelanggan Perodua dapat, kami tak dapat nak elakkan dari memberikan 5 bintang. Kami harap agar Perodua Myvi baru ini dapat menjadi penanda aras kepada ciri-ciri kereta yang diperlukan oleh rakyat Malaysia, yang dapat dijual dalam lingkungan harga tersebut atau lebih rendah lagi.

Syabas kepada Perodua kerana berjaya menawarkan pakej terbaik bagi rakyat Malaysia setakat ini dan kepada Proton, kami tunggu respon daripada pihak anda dengan berdebar-debar.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)