iluminasi kerusi bayi kanak carseat isofix kereta5

Pada tahun 2015 dulu, Kerajaan kita telahpun mengumumkan yang syarat wajib penggunaan tempat duduk kanak-kanak pada kenderaan akan dikuatkuasakan pada tahun 2017 tetapi kemudian ditangguh pelaksanaannya ke tahun 2019.

Menurut kajian, sebanyak 43.8% bayi berumur 1 hingga 4 tahun dan 30.2% kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun pernah terlibat dengan kemalangan dan ini menunjukkan kepentingan penggunaan kerusi yang sesuai untuk kanak-kanak.

Penggunaan kerusi yang betul boleh mengurangkan risiko kematian bayi sehingga 70%, kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun sehingga 54% dan kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun sehingga 59%.

iluminasi kerusi bayi kanak carseat isofix kereta

Contoh kerusi yang tidak disyorkan

Walaupun, begitu harus diingatkan, bukan semua jenis kerusi sesuai untuk kanak-kanak. Ada satu jenis yang sangat popular dijual di negara kita yang terbukti tidak selamat tetapi masih ramai orang membelinya kerana harganya yang murah. Dalam ujian yang dilakukan, hanya pada kadar kelajuan 40km/j sudah cukup untuk membuatkan bayi di yang diikat dengan tempat duduk jenis itu terhumban keluar kerana tali pengikatnya putus kerana hentakan. Kata Dr.Wong Shaw Voon, pengarah MIROS;

"Pengikat seperti itu akan rosak ketika impak berlaku, material dan bahan yang digunakan juga tidak mampu menampung kesan kemalangan,"

Tinjauan rambang kami mendapati ada ramai penjual yang menjual kerusi yang dimaksudkan dan memang menarik kerana harganya yang murah.

iluminasi kerusi bayi kanak carseat isofix kereta4

Contoh kerusi yang tidak disyorkan

Kami secara peribadi menyarankan kepada pembaca Iluminasi agar membeli kerusi untuk anak anda yang menepati standard antarabangsa Euro ECE yang berlabel R-44. Para pembaca juga boleh membeli mana-mana kerusi yang dilengkapi dengan mekanisme pemegang ISOFIX tapi pastikan dulu kereta anda mempunya sistem tersebut.

Setakat ini, pihak kerajaan masih mensasarkan kewajipan penggunaan kerusi kanak-kanak sebelum tahun 2019 tetapi sebagai ibu bapa, amat baik kita mengambil langkah inisiatif sendiri dalam mengenakan kewajipan pada diri kita untuk menggunakannya. Makin banyak pula pakej pembelian kerusi kanak-kanak yang diwujudkan oleh pengeluar kereta apabila pembelian kereta dilakukan yang memungkinkan ibu bapa membeli kerusi dan harganya diserap ke dalam pinjaman kereta.

Kami menyarankan agar kita membudayakan penggunaan kerusi khas untuk anak-anak ketika mereka berada di dalam kereta kerana kita tidak mahu perkara buruk berlaku, pada anak-anak kita.

Lindungilah anak-anak kita.


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)