Kredit foto: Flickr @teddyfilm (Che Saiful Chin / TeddyFilm.Co) & Youtube Mynewshub
Baru-baru ini, industri hiburan dikejutkan dengan penyebaran sebuah video seorang wanita, Kak Zab yang membuat dakwaan bahawa dirinya dan suami telah ditipu penyanyi Dato’ Hattan sehingga mereka diisytiharkan muflis dan mempunyai hutang sehingga kira-kira RM1 juta.
Wanita berkenaan mendakwa Dato’ Hattan telah menggunakan namanya dan suami, bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud sebagai penjamin untuk pinjaman bank.
Hingga ke hari ini 15 tahun, tiada apa yang diselesaikan, kami turun naik mahkamah untuk selesaikan perkara ini.
Kami bankrup kerana orang lain.
Dia buat loan (pinjaman) atas nama syarikat dan melantik kami sebagai pengarah.
Dia buat pinjaman untuk syarikat dan keluar dari perniagaan dengan alasan mahu membuka perniagaan lain.
Masa itu gaji kami dibayar RM1,100 dan bagaimana mahu membayar pinjaman yang hampir RM1 juta.
Saya amat berharap dan memanggil pihak Hattan untuk selesaikan masalah ini dengan cepat.
Saya tahu awak ada duit dan dapat lepas kami dari bankrup dan saya buat ini untuk anak-saya.
Sehubungan dengan itu, Kak Zab juga mengatakan pernah menerima ugutan yang mengancam nyawanya selain adik-beradik penyanyi itu turut mengugut suaminya.
Kak Zab mahu kes ini diselesaikan dengan segera memandangkan dia merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak yang semakin membesar.
Kehidupan pasangan suami isteri ini juga dikatakan susah menyebabkan Kak Zab pernah mengalami sakit jiwa.
Sumber berita: Mynewshub & beritamemey.blogspot.com