Kredit foto: orangmuda.tv
Sebelum ini tular sebuah video seorang wanita yang mendakwa ditipu penyanyi Datuk Hattan hingga memaksa beliau menanggung kerugian sebanyak RM1 juta bersama suaminya.
Video tersebut ditonton sebanyak 25 ribu kali dan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menaruh simpati kepada mangsa.
Enggan didakwa berbohong, wanita tersebut turut menyertakan dokumen syarikat yang mencetak nama sebenar dan tanda tangan penyanyi tersebut.
Bagaimanapun, Datuk Hattan ketika ditemui memberitahu beliau sudah menyerahkan segala urusan isu berkenaan kepada pihak peguam untuk tindakan susulan.
Saya sudah agak soalan ini pasti keluar. Kalau nak tahu saya sudah membuat laporan polis minggu lalu dan menyerahkan perkara ini kepada peguam. Selebihnya saya tak nak komen.
Sejurus selepas mengeluarkan kenyataan ringkas terbabit, Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 53 terus berlalu pergi.
Masalah tersebut dilaporkan telah berlaku sejak 15 tahun dahulu sebelum mendapat perhatian apabila video wanita yang mendakwa dirinya sebagai mangsa menjadi tular sebelum ini.
Sumber berita: Astro Gempak