Kecoh di media sosial dengan pengakuan seorang wanita dikenali sebagai Kak Zab menerusi sebuah video yang mendakwa penyanyi terkenal, Dato' Hattan telah menipu dirinya dan suami sehingga diisytiharkan muflis dan mempunyai hutang sehingga hampir RM1 juta.

Bagaimanapun, Dato' Hattan telah tampil memberi kenyataan balas dan mengatakan tuduhan tersebut merupakan fitnah semata-mata.

Tambahnya, penyebaran video itu merupakan satu tipu helah wanita berkenaan untuk melariskan perniagaannya.

Sehubungan dengan itu, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam berhubung perkara tersebut.

Saya sudah buat laporan polis semalam dan peguam telah mengeluarkan surat saman terhadap kedua-dua individu tersebut.

Semua yang dinyatakan mereka adalah fitnah dan saya sudah serahkan kepada polis dan peguam untuk tindakan selanjutnya,

Apabila kita popular, ramai yang akan mengambil kesempatan.

Menurutnya lagi, tindakan selanjutnya akan diserahkan kepada peguam selain menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai satu ujian terhadapnya.

Sumber berita: Mynewshub & beritamemey.blogspot.com

dato hattan dan isteri

dato hattan ditipu wanita

hattan dengan pramugari




Hakcipta iluminasi.com (2017)