Kredit foto: Instagram.com/khiriah17
Pelakon Noorkhiriah yang sememangnya terkenal dengan watak komedi baru-baru ini menjadi perhatian para netizen setelah aksi mencuti hatinya berkongsi tips kulit cantik menjadi tular.
Menerusi akaun Instagram miliknya, pelakon berusia 41 tahun itu berkongsi tip dengan mereka yang mempunyai masalah blackhead menggunakan garam dan ubat gigi.
Video tutorialnya itu kemudiannya menjadi tular bukan kerana penampilannya yang nampak semakin berseri-seri dan awet muda, tetapi mungkin kerana ramai peminat yang rindu untuk melihatnya kembali beraksi dalam dunia lakonan.
Sumber berita: hanasuva.com & Instagram.com/khiriah17