Oleh pada 20 Jul 2018 kategori

Antara haiwan-haiwan yang ditakuti akan sengat atau patukannya termasuklah ular, kala jengking, obor-obor dan labah-labah. Biasanya orang ramai akan takut dengan haiwan-haiwan ini.

Namun, ramai juga yang terlupa bahawa ikan juga adalah makhluk yang mampu menyengat dan memberikan kesan yang sangat menakutkan.

iluminasi.com kongsikan petua yang perlu dilakukan apabila disengat ikan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Petua pertama

memancing di atas bot

Sesuatu perkara yang sangat ditakuti semua pemancing, walau sehebat mana pun seseorang itu, pasti akan merasai betapa bisanya pabila disengat ikan.

Pastikan tool box anda memiliki sedikit bekalan kecemasan (first aid). Cukup dengan satu tusukan duri ikan semilang mampu membuatkan anda kelenjar dan terus termenung. Bayangkan waktu itu anda berada jauh di tengah laut.

Petua orang-orang dulu adalah dengan menyimpan 1 botol kecil berisikan cuka didalam tool box pancing anda. Pastikan ia adalah cuka makan, bukannya cuka getah. (cuka makan bukan cuka getah).

terkena sengatan ikan sembilang 940

Apabila terkena sengatan ikan, tuangkan cuka pada bahagian tersebut. Rasa pedih akan dirasai, namun ia akan mengurangkan bisa ikan. Pedih disebabkan cuka menghilangkan rasa bisa sengat.

Pendek kata, bisa ikan akan menjadi neutral apabila terkena cuka, tetapi perlu bertindak pantas. Antara bisa-bisa ikan yang boleh dirawat menggunakan cuka termasuklah ikan depu, pari tuka dan semilang.

Sengat ikan yang paling bahaya adalah ketika air gerak pasang. Ia bukanlah mitos kerana ketika air gerak pasang adalah waktu ikan agresif dan liar. 

Jika terkena sengatan ikan duri belalang, rasa seperti nak pitam. Bagi orang berpengalaman, ikan duri ini dipatahkan sengatnya menggunakan jari sahaja.

sengatan ikan pari 2

Tidak ketinggalan ulat bulu laut yang sangat ditakuti. Oleh itu, jika nak tukar umpan, jangan pegang umpan lama-lama menggunakan tangan sebaliknya menggunakan playar.

Kemungkinan ulat bulu laut telah terkena pada umpan, dan walaupun ketika cabut umpan tiada ulat bulu, namun duri yang tinggal boleh masuk ke dalam jari.

Jika jadi dimasuki duri ulat bulu ini, ia akan membengkak, bernanah dan berkudis yang mana sukar untuk pulih. Orang asli memberitahu supaya menggunakan tepung kanji, namun belum dicuba.

Ini cuma antara salah satu petua orang-orang dahulu.

Petua kedua

sengatan ikan kitang

Hampir semua ikan di laut mempunyai sengat, bezanya sama ada kita tahu atau tidak sahaja sama ada sengat itu berbisa atau tidak. Kadang-kala mungkin hanya menyebabkan kegatalan biasa.

Ini adalah senarai ikan-ikan yang biasa dijumpai yang mempunyai sengat dan sengat yang berbisa. Nama kan mungkin berbeza sedikit daripada yang anda ketahui:

  • Ikan pari
  • Ikan tuka
  • Ikan lepu/depu
  • Ikan usat
  • Ikan sembilang
  • Ikan duri
  • Ikan kitang

Jadi, kalau kena sengat dengan ikan-ikan ini, apa harus dilakukan? Pilihan terbaik adalah bergegas ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.

Namun, jika berlaku di atas bot dan tak berkesempatan untuk ke hospital, boleh gunakan petua ini:

sengatan ikan pari 3

1) Buangkan sengat yang ada, jika masih ada cebisan terlekat pada tubuh anda

2) Ambil ais dan tuam di tempat berkenaan

3) Letak biji asam jawa yang telah dipecahkan (jika ada) pada bahagian yang disengat

4) Kunyah pucuk daun jemuju (jika ada) dan tampal pada bahagian tersebut (daun ini sangat pahit)

5) Jika terkena sengatan ikan lepu, basuh bahagian tersebut dengan air tawar. Kemudian lap hingga betul-betul kering. Jika boleh, jangan biarkan kawasan tersebut terkena air masin semula. Kemudian tuam menggunakan ais di kawasan tersebut.

sengatan ikan sangat berbahaya 953

duri sengatan ikan

6) Jika terkena sengatan ikan kitang, lumurkan dakwat sotong pada bahagian tersebut dan biarkan hingga kering.

7) Sengat ikan tuka atau pari adalah antara yang paling berbisa, dan harus pergi ke klinik. Cuma jika terkena sengatan di bahagian pinggang dan ke bawah, tak perlu tergopoh-gapah ke klinik.

Sebaliknya, serta merta ke klinik jika terkena di bahagian pinggang dan ke atas. Jangan tunggu-tunggu.

Begitulah serba sedikit petua apabila terkena sengatan ikan. Apa-apa pun, sengat ikan bukan sesuatu yang boleh diperlekehkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada terkena. 

Kredit: Persatuan Kelab Merakit Johor Lama




Hakcipta iluminasi.com (2017)