Oleh pada 14 May 2017 kategori

sahira lim fb

Penulisan ini adalah sumbangan saudari Sahira Lim dimana posting asal beliau di laman sosial telah mendapat sebanyak 15 ribu perkongsian sejak 2016. Menurut Sahira Lim, ini adalah petua tradisional turun temurun yang diamalkan sekian lama. Ramai yang tidak menyangka bahawa beliau kini sudah berumur 25 tahun walhal jasadnya kelihatan seperti baru 18 tahun. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bahan-bahan yang diperlukan

manjakani kunyit halia asamjawa gulamerah

  • 4 ulas kunyit saiz 2 inci (merawat luka dalaman)
  • Seulas halia saiz 2 inci (membuang angin)
  • Sebiji buah manjakani (mengetatkan bahagian dalaman wanita)
  • Sesudu asam jawa (mengempiskan perut)
  • Sedikit gula merah (untuk kurangkan pahit manjakani)

Semua bahan-bahan ini, bergantung kepada pengguna nak pakai banyak mana, cuma jangan terlampau banyak gunakan manjakani kerana dikhuatiri terlalu pahit.

Cara penyediaan

langkah 1

Tumbuk kunyit, biji manjakani dan halia. Kalau pengguna tak suka rasa tajam halia, boleh diasingkan dan dihiris. Biasanya Sahira Lim cuma hiris halia.

langkah 2

Rebus halia, kunyit dan biji manjakani dengan 2 cawan air sehingga mendidih. Pastikan air tidak kering.

langkah 3

Apabila campuran sudah mendidih, tambah air asam jawa ke dalam campuran tadi. Kepekatan air asam jawa bergantung kepada pengguna juga. Sahira Lim menggunakan 2 cawan air dalam campuran air asam jawa. Tunggu sehingga mendidih buat kali kedua

langkah akhir

Apabila sudah mendidih buat kali kedua, masukkan gula merah. Gula merah ni tujuannya adalah untuk kurangkan rasa pahit manjakani. Kalau anda jenis suka pahit-pahit ni, tak perlu letak pun tidak mengapa. Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit (setengah daripada selepas campuran air asam jawa tadi)

Akhir sekali, tapis dan simpan dalam belas bertutup kedap udara. Pati jamu anda sudah pun siap. Cara penggunaannya, ambil 2 atau 3 sudu pati jamu ni dan campurkan dengan setengah cawan air suam. Minum 3 kali seminggu.

ending sahira lim

Ikuti Sahira Lim di :

FB Sahira Lim

IG QueenShahira




Hakcipta iluminasi.com (2017)