Kredit foto: Instagram.com/fashasandha
Nampak gayanya fenomena 'I Am Me' nyanyian Datuk Seri Vida turut melanda pelakon sensasi, Fasha Sandha yang memuatnaik sebuah video di Instagramnya baru-baru ini. Video yang sehingga kini ditonton lebih 500,000 kali itu menunjukkan pelakon tersebut sedang menyanyi sambil menari bersama dua anaknya iaitu Putra Rayfal Ramli (3 tahun) dan Putri Raysha Jemyma (2 tahun) .
Kredit video: Instagram.com/fashasandha
Video berdurasi seminit yang dilaporkan dibuat di kediaman Fasha sendiri itu mendapat pelbagai respon dari para pengikutnya yang antaranya memuji ketabahan ibu tunggal berkenaan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen negatif dengan mengaitkan persahabatan Fasha bersama jutawan kosmetik, Nursajat menjadi punca kepada perubahan karakter aktres itu yang dikatakan berbeza berbanding dahulu.
Apa-apa pun, ia juga mendapat pujian Datuk Seri Vida yang kemudiannya berkongsi semula video berkenaan di Instagramnya selain mengajak selebriti lain untuk sama-sama memeriahkan demam 'I Am Me'.
Sumber berita: mStar Online