Oleh pada 03 May 2017 kategori

Secara umumnya, batuk merupakan salah satu perkara biasa yang terjadi di kalangan manusia. Batuk juga boleh menyebabkan kahak pada tekak anda dapat dikeluarkan dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun batuk yang berpanjangan adalah amat bahaya kerana boleh menjadi gejala yang tidak sihat seperti alahan, jangkitan virus serta jangkitan bakteria.

Anda boleh merawat batuk yang terjadi akibat alahan dan selsema dengan mendapatkan ubat yang bersesuaian di farmasi atau klinik berdekatan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Keadaan menjadi tidak seronok dan selesa apabila kita mengalami batuk yang berterusan. Bayangkan ketika anda berada didalam bilik kuliah yang tenang dan anda batuk secara berterusan, ini boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain dan tidak keselesaan pada diri anda.

Batuk menyebabkan diri dan orang sekeliling anda menjadi tidak selesa. Bagi yang mempunyai masalah batuk, boleh mencuba petua tradisional  ini dengan hanya menggunakan bahan asas yang ada dirumah anda.

Tim iluminasi akan kongsi petua hilangkan batuk dan kahak ini dengan para pembaca semua, mungkin ada dikalangan anda yang pernah mencuba dan menggunakan petua-petua ini.

1. Madu

petua hilangkan batuk dengan madu dan lemon

Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak. Menurut satu kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk.

Anda boleh membuat ramuan sendiri di rumah dengan mencampurkan 2 sudu teh madu bersama dengan air suam dan perahan lemon. Madu juga mampu untuk menenangkan  manakala jus lemon membantu dari berlaku kesesakan pada rongga. Anda juga boleh memakan madu itu dengan perahan limau nipis.

2. Halia

hilangkan batuk dengan minuman halia dan pudina

Halia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada didalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk.

Apa yang anda perlukan adalah halia yang di rendam bersama beberapa helai daun pudina di dalam segelas air panas dan dicampurkan dengan sedikit madu. Minum dua kali sehari dan anda akan alami perbezaan setelah meminum air campuran halia tersebut.

3. Air garam

kumur air garam

Petua ini membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak.

Anda hanya perlu mengambil segalas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari. 

Petua hilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang. Biasanya cara ini boleh membantu dengan cepat untuk menghilangkan batuk anda, sudah tentu ditambah pula dengan terapi semula jadi atau dengan mengambil ubat-ubatan doktor.

Ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka akan tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.

4. Asam jawa

asam jawa melegakan sakit tekak

Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa lega.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut  untuk membuang biji dan seratnya.

Meminum air asam jawa ini bukan sahaja boleh membuatkan tekak anda terasa nyaman malahan ia boleh menyejukkan badan kita.

Minum air asam jawa dua kali sehari untuk kesan menakjubkan walaupun rasanya agak masam.

5. Aiskrim

aiskrim vanilla melegakan sakit tekak

Aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana ia menyebabkan tekak terasa kebas.

Aiskrim sifatnya sejuk apabila anda memakan aiskrim tekak anda akan berasa begitu nyaman. Jangan pula anda memakan ais batu kerana ia akan membuat batuk anda bertambah teruk lagi. 

Jika anda tidak berselera untuk memakan makanan yang berat akibat batuk dan sakit tekak. Anda jangan bimbang kerana dengan memakan aiskrim ia mampu untuk memberi tenaga tambahan kepada diri anda.

6. Bawang putih

bawang putih yang perlu dibakar

Kalau nak menumis sesuatu masakan mesti kena ada bawang putih yang akan membangkitkan aroma masakan.

Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk. Petua ini amat mudah, anda perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya dan seterusnya membakar ia di atas dapur gas anda selama 15 minit.

Pastikan bawang putih tersebut tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Buang kulit bawang tersebut dan makan ia begitu sahaja. 

Jika anda tidak berselera memakan bawang putih tersebut, anda juga boleh menumbuk bawang putih yang telah dibakar tersebut dan gaul bersama minyak zaitun. Sapukan pada leher anda sekerap yang mungkin. 

7. Air Putih

minum banyak air

Air merupakan sumber kehidupan yang sangat penting untuk kehidupan. Kekurangan cecair di dalam badan anda boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu seperti tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan.

Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang teramat murah dan sangat penting adalah air putih. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan anda meminum banyak air putih.

Ini di antara tips dan petua yang kami kongsikan kepada anda. Selebihnya anda perlulah mendapatkan nasihat doktor dan tidak lupa untuk berdoa supaya sakit cepat sembuh. Ingat, setiap penyakit ada penawarnya.

Kemaskini : 26 October 2018




Hakcipta iluminasi.com (2017)