Baru-baru ini, beberapa keping gambar dan video seorang lelaki memeluk dan mencium pipi pelakon cantik, Ruhainies tersebar di laman sosial. Ternyata, ianya dikecam para netizen biarpun mengetahui bahawa lelaki tersebut merupakan adik kandungnya sendiri.

video ruhainies dicium mesra lelaki

gambar ruhainies bersama adik lelakinyakredit foto: beritamemey.blogspot.com

Bagaimanapun, beliau telah pun tampil memberi penjelasan terhadap isu tersebut.

Bagi saya video yang dimuat naik itu tak ada apa yang salah. Semua yang mengenali saya tahu saya memang rapat dengan keluarga. Namun, apabila ada yang berpandangan negatif, bagi saya ia memang tak patut.

Apatah lagi hingga mengeluarkan kenyataan yang tak sepatutnya seperti sumbang mahram. Kalau betul tak sukakan saya, lebih baik diam. Video itu tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak pun.

Mungkin disebabkan saya selebriti, perkara ini dipandang serius. Pada masa sama saya bersyukur apabila lebih ramai peminat yang membela dan memberi maklum balas positif. Niat saya baik dan tak terfikir pun video itu mendatangkan pertikaian banyak pihak.
sumber : hmetro

Ternyata, tiada apa yang perlu dipedulikan memandangkan mereka berdua memang amat rapat sebagai adik-beradik. Ruhainies turut menegaskan yang beliau tidak sesekali menyesali tentang video tersebut yang dimuatnaik di laman sosial Instagram miliknya. Relakslah!


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)