video pelancong wanita diragut ketika selfie di dataran merdeka

Kredit foto: siakapkeli.my

Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang pelancong wanita warga China mengalami kejadian malang menjadi tular dimana beg tangannya diragut seorang penunggang motorsikal semasa sedang leka mengambil gambar swafoto (selfie) dirinya.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di sekitar kawasan Dataran Merdeka berdasarkan latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad.

Video yang dimuatnaik oleh wanita itu sendiri melihatkan sebuah motrosikal datang dari arah belakang secara tiba-tiba lalu meragut beg tangannya sehingga mengakibatkan dia jatuh tergolek.

Sejurus selepas itu, wanita berkenaan menjerit sebelum rakaman yang dibuat menggunakan telefon yang dipegang menggunakan monopod itu tamat.

Sumber: milosuam.net


tags : , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)