pemain gitar wanita perempuan hebat

Sekiranya penulis sebut tentang pemain gitar terbaik dunia, fikiran kita biasanya akan terus terarah kepada pemain gitar lelaki seperti Yngwie Malmstein, Joe Satriani, Paul Gilbert, Brian May atau legenda gitar Jimi Hendrix.

Nama-nama wanita walaupun ada disebut, kebiasaannya akan diletakkan dalam kesebelasan simpanan, bukan seperti nama pemain gitar terkenal yang penulis senaraikan serta ramai lagi. Muzik senantiasa melalui evolusi, dengan nama seperti Nancy Wilson dari kumpulan Heart, Joan Jett dan Bonnie Raitt kerapa kali disebut sebagai nama terhebat di kalangan kaum hawa dalam kemahiran memetik gitar.

Bagaimana pula dalam zaman moden? Siapakah pemain gitar wanita yang mempunyai tahap kemahiran tertinggi?

1. Orianthi Panagaris

orianthi gitaris michael jackson

Mula dikenali ramai selepas menjadi gitaris utama kepada mendiang Michael Jackson semasa siri jelajah terakhir beliau, Orianthi Penny Panagaris mula menjadi sebutan selepas filem jelajah tersebut, "This Is It" ditayangkan. Gadis kelahiran Australia yang lahir pada tahun 1985, beliau mula belajar muzik, dengan instrumen piano pada usia 3 tahun sebelum mula bermain gitar akustik pada usia 6 tahun.

Selepas menyaksikan persembahan lejen Carlos Santana, Orianthi nekad mahu membangunkan tekniknya berasaskan kepada kemahiran Carlos Santana, jadi dia meminta ibu bapanya sebuah gitar jenama PRS pada usia 11 tahun. Orianthi mula dikenali sebagai prodigi gitar selepas bermain bersama Steve Vai pada usia 15 tahun.

2. Kaki King

kaki king gitaris wanita

Salah seorang gitaris unik di dunia ketika ini, Katherine Elizabeth King atau Kaki King menggabungkan banyak elemen dalam muziknya serta tidak terhad kepada kemahiran memetik gitar semata-mata. Memulakan minat dalam bidang seni dipengaruhi oleh kebangkitan Brit Pop serta minat mendalam terhadap instrumen dram, nasib King nampaknya lebih terkenal sebagai seorang gitaris yang menggunakan seluruh tubuh gitar sebagai peralatan melodi.

Pada mulanya King memilih untuk menjadi seorang pemain dram professional, sebelum mencuba nasibnya memetik kembali gitar semasa zaman universiti. Menyertai beberapa persembahan, nama King mula meledak selepas majalah Rolling Stones meletakkan dirinya dalam senarai Dewa Gitar Baru pada tahun 2006, dengan King menjadi satu-satunya wanita dalam senarai itu.

3. St. Vincent

pemain gitar wanita paling hebat rock 78

St. Vincent atau nama sebenarnya Annie Clark memulakan minat seni muzik selepas terkena demam era grunge yang banyak mencetuskan fenomena pada ramai anak muda lain. Mengakui Nirvana, Pearl Jam dan Soundgarden sangat dekat dengan hatinya. Pada tahun 2014, St. Vincent akhirnya memenuhi impian beliau selepas dapat berkongsi pentas bersama Dave Grohl dan Krist Novoselic daripada kumpulan Nirvana, semasa penganugerahan kumpulan tersebut ke dalam senarai Rock Hall of Fame.

Melihat sendiri persembahan St. Vincent bagi mereka yang sudah menyaksikannya secara langsung, merupakan satu pengalaman unik. Ini kerana instrumen gitar seakan-akan sebati dengan dirinya semasa di pentas. Beliau mampu memainkan riff-riff dan nota yang kompleks dengan selamba, tanpa langsung perlu melihat not apa yang ditekannya.

4. Nita Strauss

59252f2c alice cooper guitarist nita strauss talks we start wars there are some incredible all female bands but i wanted one that was really technical image

Gitaris wanita yang memainkan muzik paling berat dalam senarai ini, Nita Strauss yang lahir pada tahun 1986 mula dikenali peminat muzik metal selepas menjadi salah seorang ahli kumpulan Iron Maidens, kugiran yang ditubuhkan sebagai penghormatan kepada kumpulan lejen Iron Maiden.

Berbeza dengan gitaris lain dalam senarai kami, Nita satu-satunya gitaris yang tidak turut sama bertindak sebagai vokalis dan menumpukan sepenuhnya kepada petikan gitar. Menjadi jurucakap kepada jenama gitar Ibanez, pada tahun 2011 Nita dinobatkan sebagai sebagai gitaris nombor 1 di kalangan semua pemain gitar era moden.

5. Marnie Stern

marnie stern gitaris

Salah seorang gitaris wanita yang dikatakan melanggar semua teori gitar, Marnie Stern terkenal sebagai seorang pemain gitar yang memfokuskan kepada satu teknik sahaja, permainan pantas 'ketukan jari' (finger tapping) pada mulanya sebelum mula berkembang kepada variasi permainan lain.

Ini menyebabkan dirinya mula dibandingkan dengan lejen rock Eddie Van Halen berikutan teknik mereka yang serupa. Perbandingan ini menyebabkan dirinya mula bereksperimentasi, menggabungkan pelbagai teknik lain selain muziknya pula menggabungkan genre punk, indie, pop, math rock dan prog rock yang kedengaran agak bingit.

Berikutan keunikan muziknya yang melanggar norma muzik yang biasa kita dengari, pada awal kemunculan beliau - lebih ramai orang yang mengutuk karyanya tetapi lama kelamaan, semakin ramai yang dapat menghargai kemahiran gitar Marnie yang berbeza dengan gitaris lain.


tags :, , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)