Jangka hayat manusia merupakan satu perjalanan panjang yang akan dilalui setiap insan. Yang membezakan kita semua kelak adalah berapa jauh perjalanan kita itu, sama ada singkat ataupun panjang.
Seseorang manusia sudah pasti kebanyakannya mahu mendirikan rumah tangga serta memiliki zuriat sendiri sebagai penyambung keturunan. Hidup berumah tangga merupakan satu cabaran yang sangat besar dalam kehidupan setiap orang, kerana di sinilah kita akan diuji bukan setakat daripada dugaan persekitaran - malahan (banyak kali) dugaan yang datang daripada pasangan sendiri.
BESARKAN TEKS A- A+
Seorang suami atau isteri mempunyai perspektif serta cara pemikiran yang sangat berbeza, menyebabkan akan wujud pelbagai jenis perbezaan ketara. Kajian sudah pun membuktikan otak lelaki secara puratanya akan mengecil lebih cepat berbanding perempuan, sehingga membesarkan perbezaan kemampuan berfikir di antara kedua-dua jantina dalam usia yang sama.
Kajian terbaru yang dilaporkan pada bulan Februari 2019, telah berjaya menemui realiti sebenar bahawa sepanjang hayat lelaki dan wanita yang sama usia - otak wanita itu sebenarnya tiga tahun lebih muda berbanding lelaki yang sama usianya.
Kajian yang dijalankan
Penyelidik di Washington University School of Medicine di St. Louis telah pun melakukan kajian melibatkan 205 orang peserta, dengan pecahan 84 lelaki dan 121 perempuan berusia di antara 20 hingga 82 tahun usia. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan gula (glukosa) pada otak dan kadar pengambilannya mengikut usia.
Harus diberitahu terlebih dahulu, jumlah tenaga yang akan digunakan oleh otak kita untuk berfungsi adalah separuh daripada keseluruhan jumlah glukosa dalam badan. Gula ini akan diproses bergantung kepada usia kita, dengan setiap tahap umur memerlukan kadar gula dan keperluan berbeza.
Proses pertukaran gula kepada bahan yang diperlukan otak ini dinamakan sebagai 'glikosis aerobik' atau 'aerobic glycosis', sejenis proses yang menukarkan glukosa kepada satu bentuk lain (lactase) dengan kehadiran oksigen. Penyelidik dalam kajian inim mengukur kadar glukosa yang digunakan oleh setiap peserta untuk menjalankan proses glikosis aerobik dengan sempurna.
Otak wanita jauh lebih muda berbanding usia mereka
Dengan menggunakan kaedah pembelajaran mesin, pengiraan 'umur' otak peserta dilakukan berdasarkan kepada kadar aktiviti glikosis aerobik.
Apa yang menakjubkan, kajian mendapati secara metaboliknya - bererti keupayaan otak menjalankan proses tersebut - otak wanita secara puratanya mempunyai usia 3.8 tahun lebih muda berbanding usia sebenar wanita tersebut.
Bagi pihak lelaki pula, purata 'usia sebenar' otak para peserta yang diukur menunjukkan usia metabolik otak mereka berada pada kadar 2.4 tahun lebih tua berbanding usia mereka.
Keputusan yang mereka dapat pula seragam tanpa mengira usia peserta, dengan peserta yang lebih berusia mempunyai perbezaan yang sama dengan peserta berusia muda, bila dibandingkan 'usia otak' mereka.
Apa hasil kajian ini?
Adakah anda sedar satu fenomena yang kerap terjadi melibatkan individu-individu berusia tua dalam masyarakat kita, seperti datuk dan nenek atau individu berpangkat moyang; didmana i ki mampu melihat perbezaan ketara dalam kemampuan berfikir di antara seorang 'atuk' dan seorang 'nenek'?
Penyelidik dalam kajian ini merumuskan penyebab utama kemampuan otak nenek yang berusia tua melebihi otak atuk, adalah kerana sepanjang hayat mereka berdua - otak neneknya matang lebih lambat berbanding otak atuk. Faham kan penjelasan itu?Penemuan ini sedikit sebanyak menjelaskan kenapa wanita mempunyai kemampuan berfikir lebih baik berbanding lelaki pada usia tua, serta mempunyai ketahanan mental yang lebih panjang daripada segi memori dan kemampuan menyelesaikan masalah.
Sesuatu perkara yang harus difahami - otak wanita tidak menua lebih perlahan berbanding lelaki. Cuma otak wanita matang lebih lambat, memberikan setiap wanita kemampuan otak lebih panjang pada tahap kemampuan sebenar berbanding lelaki sepanjang hayat mereka. Kesimpulannya, kelambatan matang otak wanita imemang akan menyebabkan perangai yang lebih kebudak-budakan pada usia muda, tetapi semakin tua sesuatuspasangan itu bersama - otak lambat matang wanita itulah yang akan menjadi pembantu bila si suami mula lupa dirinya siapa.
Rujukan