Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

Kredit foto di atas: Youtube mStar Online Malaysia

Sebuah video baru-baru ini menjadi tular yang memaparkan seorang jurusolek bernama Mansur Shaari melatah semasa berada di sebuah latihan menembak di lapang sasar yang berjaya meraih perhatian para netizen.

Menurut Mansur, aksi yang dirakam semasa berada di sebuah penggambaran drama berjudul 'Mr Delicious' itu tidak direkanya dengan sengaja tetapi memang mempunyai penyakit latah sejak sekian lama.

Bukan buat-buat, saya memang melatah. Saya juga terkejut apabila dapat tahu video itu jadi viral sejak.


Saya tak tahu siapa yang viralkan video itu kerana kami berkongsi dalam kalangan kami sahaja, tiada niat untuk viralkannya.

Video berkenaan pada awalnya hanya dikongsi beberapa rakan artis dan pengarah. Namun, terdapat pihak yang kurang berpuashati dengan tindakan Mansur yang tidak mematuhi garis panduan pakaian di lapangan sasar.

Sementara itu, Adlin Abidin selaku pengarah drama tersebut turut memberitahu yang pemilik lapang sasar itu ada menghubunginya dengan mengatakan kesan negatif yang terpaksa mereka hadapi.

Mereka ada menghubungi kami selepas video itu tersebar dan ia sebenarnya memberi kesan buruk kepada pihak berkenaan. Kami sendiri tidak tahu ia salah dan tidak boleh dirakam kerana tiada siapa yang menegur.


Tapi kami sudah maklumkan kepada rakan-rakan yang muat naik video itu agar memadamkannya. Tapi apabila sudah terlalu ramai yang kongsi, ia sudah tidak terkawal.


Tentang tindakan Mansur yang tidak mengikut peraturan kerana tidak memakai pula kerana dia mengalami bengkak kaki akibat penyakit gout.

Untuk pengetahuan, Mansur telah menjadi jurusolek produksi drama selama 10 tahun serta pernah bekerjasama dengan barisan aktres terkenal tanahair seperti Ayda Jebat, Tasha Shilla, Anzalna Nasir dan Jihan Muse.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)