Oleh pada 26 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Beautifulnara

      

Pelakon sensasi, Aliff Aziz tampil meluah ucapan penghargaan buat bekas isterinya, Bella Astilah kerana kesetiaan bersama dalam fasa jatuh bangun dan susah senang.

Artis kelahiran Singapura itu berkata, dia menyedari keperluan dalam menunjukkan contoh yang baik sebagai suami dan bapa.

Akuinya, dia manusia yang angkuh hingga memandang enteng perasaan serta kebaikan Bella.

       

video perbualan telefon yang tular aliff aziz tampil beri penjelasan 2

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

      

"Bella seorang wanita yang kalau saya cari lain pun selepas ini, pasti takkan jumpa sepertinya.

"Kini, saya juga tahu ramai orang bertepuk tangan dan ada juga yang mengatakan saya berhak mendapatkan balasan sebegini.

"Apapun, saya sangat berterima kasih dengan Bella kerana sanggup bersama saya selama lima tahun ini.

"Saya juga minta maaf dari hujung rambut sampai kaki pada Bella dan keluarganya di atas segala kesilapan yang sudah dilakukan," katanya.

Aliff membuat ulasan sewaktu dihubungi Geng Pagi Hot, stesen radio Hot FM pada Selasa.

Dalam nada sebak, penyanyi itu akui masih menyimpan harapan untuk dijodohkan kembali dengan Bella.

"Jodoh ditentukan Allah dan saya harus terus berdoa semoga ada peluang kedua dalam perhubungan kami," katanya.

Dalam pada itu, bercerita perkembangan diri, penyanyi Sayang Sayang itu kini sedang berehat bersama keluarganya di Singapura bagi menguatkan diri berdepan kehidupan mendatang.

Dia meluahkan rasa rindu terhadap anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Mengulas isu video perbualan telefonnya yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini, termasuk ukiran tatu di badan, Aliff berkata, rakaman itu bukanlah aksi lakonan sebagaimana didakwa segelintir pihak, sebaliknya dia ketika itu mengadakan perbincangan dengan seseorang dalam usaha menyelesaikan isu mereka.

Mengenai lukisan tatu, Aliff bertegas mengatakan ianya adalah cacahan inai hasil kerja kreatif sahabatnya.

Dia turut mendakwa telah dianiaya seorang rakan gara-gara kesilapan memilih kawan.

      

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)