Oleh pada 24 Oct 2017 kategori

akhirnya afifah nasir mohon maaf dengan bella astillah

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir & Instagram Bella Astillah

Aktres Afifah Nasir memberitahu dia telahpun membuat permohonan maaf kepada isteri aktor Aliff Aziz, Bella Astillah melalui aplikasi Whatsapp.

Ini susulan pertelagahan dingin di laman Instagram apabila mereka dilihat saling menyindir tentang baju yang digayakan masing-masing.

“Saya mesej dia secara peribadi dan minta maaf andai dia terasa. Dia cakap okay, tak ada apa pun," katanya memetik laporan portal Suria.

Afifah ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2017 yang berlangsung baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Aliff dan Bella turut kelihatan hadir sebagai tetamu.

Mengulas hal itu, Afifah berkata dia tidak mempunyai masalah kerana pertemuan dalam mana-mana acara hiburan sememangnya tidak boleh dielakkan oleh rakan sesama artis.

Bagaimanapun aktres berusia 24 tahun itu enggan lagi dikaitkan dengan Aliff dan berhasrat meneruskan kehidupan dan kariernya seperti biasa,

Terdahulu, Afifah yang juga adik kepada aktres Anzalna Nasir itu pernah didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aliff dan Bella.

Sumber berita: suria.my

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)