vanguard game ciptaan anak tempatan

Pada satu hari dalam bulan Jun 1997, komuniti penggemar permainan video di negara kita dikejutkan dengan pengumuman sebuah syarikat kecil bernama Imaginative Illusions Sdn.Bhd., apabila mereka mengumumkan karya permainan video mereka yang diberikan nama 'Vanguard Ace.'

'Vanguard Ace' mendapat liputan yang boleh dikatakan meluas daripada media tempatan khasnya surat khabar berbahasa Inggeris ketika itu seperti The Star dan NST kerana satu sebab :

BESARKAN TEKS     A-  A+

vanguard ace vertical madness dos

'Vanguard Ace' adalah permainan video pertama keluaran syarikat dari Malaysia, satu pencapaian besar bagi negara kita, ketika era permainan video masih lagi dijual menggunakan beberapa keping disket atau CD ROM. Sistem operasi ketika itu masih lagi popular Windows 95 atau MS-DOS.

video game pertama dicipta rakyat malaysia

Dari segi rekaannya, Vanguard Ace adalah permainan berbentuk 'shoot em-up' dari pandangan atas yang mempunyai banyak pesaing lebih gah. Tidak ada rekaan baru atau idea asli tentang permainan tersebut, namun apabila dilihat sebagai satu penanda aras, Vanguard Ace memainkan peranan yang cukup besar.

Pemain pada waktu itu boleh mencuba untuk memuat turun demo berbentuk 'perisian perkongsian' yang membenarkan pemain mencuba satu peringkat dalam permainan tersebut dan pilihan dua kapal terbang. Bagi mereka yang membeli versi penuh, mereka mendapat semua peringkat lengkap dengan tambahan 3 lagi pilihan kapal terbang yang dijual pada harga RM35.

vanguard ace game pertama malaysia

Bagi mereka yang telah mencuba permainan tersebut, pasti mengingati lagi grafik yang segar (pada ketika itu) yang diiringi oleh kesan bunyi serta muzik yang agak kurang menyengat. Mod 2 pemain yang ada membolehkan dua orang pemain main menggunakan satu papan kekunci juga membantu memanjangkan hayat permainan ini.

Walaupun begitu, apabila dinilai menggunakan skala industri luar, tidak dapat dinafikan Vanguard Ace banyak ketinggalan. Perbandingan-perbandingan yang tidak boleh dielakkan pasti akan berlaku kerana pemain-pemain pada masa tersebut pasti lebih biasa dengan siri Raiden atau Gradius, malahan siri Twin Bee yang cukup popular pada peminat konsol MIcro Genius.

pikom multimedia sijil vanguard ace

Jika anda berminat untuk mencuba permainan video pertama dari Malaysia ini, jangan bersedih, anda masih boleh mencubanya dengan memuat turun demo permainan video ini di sini.

Imaginative Illusions Sdn.Bhd. yang bertapak di Johor masih lagi meneruskan perniagaan, namun fokus mereka lebih kepada penjualan peralatan komputer dan Vanguard Ace adalah satu-satunya permainan video yang telah mereka keluarkan, yang kini menjadi simbol kepada kebolehan anak Malaysia mencuba sesuatu yang baru.

Video:

Kami syorkan anda lawati laman web mereka yang masih lagi mengekalkan rekaan laman web sebelum zaman millenium, untuk melihat bagaimana rupa laman web satu masa dulu.

Rujukan

Imaginative Illusions

MobyGames

Ulasan NST




Hakcipta iluminasi.com (2017)