Permainan video mempunyai banyak genre, dalam usaha penerbit untuk memenuhi permintaan peminat yang sudah pastilah berbeza-beza. Ada peminat yang mahu bermain hanya sekadar mengikuti jalan cerita dan ada juga yang bermain, untuk melampiaskan perasaan marahnya.

Setiap genre mempunyai format yang berbeza-beza, apatah lagi dalam zaman sekarang di mana genre-genre baru boleh tumbuh dengan sangat pantas - ibarat cendawan selepas hujan. Satu ketika dulu, genre permainan video tidaklah mempunyai variasi seperti sekarang, dengan kebanyakan penerbit memilih untuk kekal dengan satu saja genre yang digemari bagi mengelakkan kerugian atau kekurangan sambutan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

genre permainan video game pertama dunia

Tahukah anda kisah bagaimana judul pertama lima genre popular permainan video dimulakan? Berikut adalah lima judul membabitkan lima genre permainan video, yang menjadi asas kepada industri permainan video sekarang.

1. Genre perlumbaan - 'Gran Trak 10'

gran trak 10 game lumba pertama

Genre perlumbaan kini semakin kompleks, dengan banyak penerbit berusaha menghasilkan simulasi kenderaan yang realistik supaya menarik apabila digabungkan dengan peranti-peranti seperti stereng dan pedal elektronik.

Judul pertama dalam dunia yang memaparkan genre perlumbaan adalah sebuah permainan hitam putih untuk mesin arked Atari, dinamakan sebagai Gran Trak 10 terbit pada tahun 1974. Walaupun sangat primitif, sekiranya kita rujuk ilustrasi kotak judul tersebut; digambarkan pemain sedang bermain siap dengan baju lumba dan topi keledar!

Mesinnya mempunyai stereng bersaiz sebenar dengan replika gear serta pedal minyak dipasang, bagi menghasilkan simulasi memandu seakan-akan realiti. Walaupun demikian, ekoran kosnya yang sangat tinggi - 'Gran Trak 10' menjadi punca utama kenapa pengeluarnya mengalami kerugian yang cukup besar.

2. Genre pergaduhan/perlawanan - 'Heavyweight Champ'

heavyweightchamp game pertarungan pertana

Dikeluarkan pada tahun 1976 oleh syarikat Jepun, Sega - judul ini tidak berjaya mempopularkan genre pertarungan ke seluruh dunia tetapi memperkenalkan kepada industri format terawal bagaimana sesebuah judul pertarungan patut diwujudkan.

Pemain akan bermain dengan memakai sarung tangan tinju yang ada disediakan di mesin kabinet arked, dengan setiap pemain hanya akan menggunakan satu sahaja sarung. Sarung tinju akan digerakkan ke atas atau ke bawah untuk menghasilkan tumbukan.

Versi asal tahun 1976 dianggap sebagai salah satu versi yang sudah pupus, kerana tidak lagi ditemui mana-mana mesin yang masih beroperasi jadi apa yang kita tahu tentang judul ini, hanyalah rekod, catatan serta sebuah mesin yang telah rosak ditemui pada tahun 2018 di Jepun.

3. Genre tembak-menembak 'first person shooter' - Catacomb 3D

hitler dalam wolfenstein 3d

Genre yang sangat popular di seluruh dunia kerana membolehkan pemain benar-benar melalui sendiri apa yang disaksikan oleh 'watak maya' mereka, genre tembak menembak 'first person shooter' atau FPS dimulakan oleh pengaturcara legenda John Carmack dan pasukannya, mengeluarkan judul 'Catacomb 3-D.'

Walau demikian, genre ini mula popular selepas Carmack menerbitkan satu lagi judul yang diberikan nama 'Wolfenstein 3-D' yang mengambil idea asas daripada pembangunan 'Catacomb 3-D', tetapi dimasukkan elemen-elemen unik yang belum ada ketika itu.

Dengan mengambil sejarah daripada pengaruh tentera Nazi, makhluk mutan dan teknologi siber-manusia, 'Wolfenstein 3-D' meletup lalu mempopularkan apa yang dinamakan sebagai 'FPS' ke seluruh dunia. (Who Made That First-Person-Shooter Game?)

4. Genre 'pelantar' atau 'platform' pertama - 'Space Panic'

panic attack game pelantar pertama

Sebelum kita tiba pada pelbagai genre yang ada sekarang, genre permainan video nombor 1 di dunia sekitar 20 ke 30 tahun lepas, adalah genre 'platformer' yang membolehkan sesuatu watak dikawal untuk melompat halangan yang ada.

Banyak pihak berpendapat 'Donkey Kong' yang menjadikan watak popular Mario sebagai 'platformer' pertama dunia, judul sebenar yang layak disebutkan sebagai pengasas kepada genre ini adalah sebuah perisian bernama 'Space Panic,' yang sangat mirip dengan 'Donkey Kong.' Walau demikian, 'Space Panic' tidak membolehkan watak pemain melompat, satu syarat utama yang perlu dipenuhi genre ini. Oleh kerana tiada kemampuan melompat, pemain perlu menggunakan tangga untuk naik ke atas.

Setahun berikutnya, pada tahun 1981 - Nintendo dari Jepun menerbitkan judul 'Donkey Kong' yang menjadikan lompatan sebagai mekanisme utama permainan, dengan butang khas diletakkan hanya untuk pemain melompat. 'Donkey Kong' memperkenalkan konsep mengelak halangan, mengatasi jurang dan mendapatkan peralatan yang akhirnya ditiru penerbit lain - lalu terhasillah genre 'platform' yang popular sehingga ke hari ini.

5. Genre seram pertama dunia

first survival horror game in the world

Genre seram pada ketika ini didominasi oleh beberapa judul, dengan nama Resident Evil, Doom serta Silent Hill menjadi sebutan ramai. Beberapa judul lain yang pernah meletup seperti Alone in the Dark juga kerap kali diingati sebagai antara judul terbaik dalam genre seram.

Genre yang menakutkan ini dimulakan pada tahun 1972, dengan pengeluaran konsol Magnavox Odyssey yang turut sama disertakan dengan satu judul bertajuk 'Haunted House.' Bagaimanapun, judul ini langsung tidak menyeramkan kerana grafiknya terlalu primitif dan watak juga hanya dipaparkan dalam bentuk titik-titik berbeza.

Pada tahun 1981, seorang pelajar di Jepun bernama Akira Takiguchi diberikan kontrak untuk membangunkan sebuah perisian permainan video bergenre seram untuk sistem komputer Commodore PET 2001 dan NEC PC-6001. Mengambil inspirasi daripada filem Alien yang pada ketika itu, menjadi fenomena - Takiguchi menghasilkan 'AX-2 Uchuu Yusousen Nostromo.'

Dalam judul itu, pemain perlu melepaskan diri daripada sebuah pesawat angkasa yang telah dinaiki makhluk asing. Sepanjang masa, makhluk asing tersebut tidak kelihatan - kecuali apabila pemain sudah berada berdekatan dengannya. Hihihi. Seram...




Hakcipta iluminasi.com (2017)